Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 45 ribu pemandu M'sia dijangka naik mahkamah sebab kesalahan jalanraya

May 7, 2022 | 4:55 PM
Kesalahan tidak mematuhi had laju dan melanggar lampu isyarat melalui kamera AWAS adalah antara lima kesalahan utama dalam tempoh Ops HRA 2022 yang akan dikenakan tindakan mahkamah dan tidak boleh dikompaun.
Kesalahan tidak mematuhi had laju dan melanggar lampu isyarat melalui kamera AWAS adalah antara lima kesalahan utama dalam tempoh Ops HRA 2022 yang akan dikenakan tindakan mahkamah dan tidak boleh dikompaun. - NSTP

Sebanyak 4.7 juta kenderaan direkodkan melepasi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dalam tempoh tujuh hari pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) 2022 di seluruh Malaysia sehingga semalam (6 Mei).

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui laman Facebook rasminya memaklumkan, daripada jumlah itu, sebanyak 35,618 kesalahan kenderaan direkodkan memandu melebihi had laju dengan jumlah ketidakpatuhan sebanyak 0.75 peratus, lapor akhbar Harian Metro hari ini.

Menurut JPJ, sebanyak 1.5 juta kenderaan turut dikesan melalui kamera AWAS di lampu isyarat dengan 10,355 kenderaan direkodkan melanggar lampu isyarat merah bersamaan 0.66 peratus ketidakpatuhan.

Kata agensi itu lagi, kesalahan tidak mematuhi had laju dan melanggar lampu isyarat melalui kamera AWAS adalah antara lima kesalahan utama dalam tempoh Ops HRA 2022 yang akan dikenakan tindakan mahkamah dan tidak boleh dikompaun.

Sekiranya disabitkan kesalahan, pemandunya boleh dikenakan denda sehingga RM2,000. Pengguna jalan raya yang melanggar kedua-dua kesalahan itu juga akan dikenakan empat mata demerit bagi setiap kesalahan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg