Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 50 maut dalam letupan di masjid Kabul

May 1, 2022 | 5:30 AM
b0533a07-30e1-4423-bd5f-1cc40942780f
-

KABUL: Letupan kuat mengorbankan lebih 50 jemaah selepas solat Jumaat di masjid Kabul, kata ketua masjid.

Letupan itu adalah insiden terbaharu dalam siri serangan menyasarkan orang awam di Afghanistan ketika Ramadan.

Timbalan jurucakap Kementerian Dalam Negeri Afghanistan, Encik Besmullah Habib, berkata letupan itu berlaku di Masjid Khalifa Sahib di barat ibu negara dengan angka rasmi kematian membabitkan 10 jemaah.

Serangan itu berlaku ketika jemaah masjid Sunni berkumpul selepas solat Jumaat.

Ketua masjid, Encik Sayed Fazil Agha, berkata individu yang dipercayai pengebom berani mati menyertai mereka dalam majlis itu dan meletupkan bahan letupan.

Sehingga kini tidak ada pihak mengaku bertanggungjawab. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg