Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Lebih 50 maut kereta api terbabas di Taiwan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

BERITA

Lebih 50 maut kereta api terbabas di Taiwan

Apr 03, 2021 | 05:30 AM

TAIPEI: Sebuah kereta api telah tergelincir di bahagian timur Taiwan semalam, yang membunuh sekurang-kurangnya 51 orang dan mencederakan 156 yang lain, kata Kementerian Pengangkutan negara itu.

Kereta api itu, yang menuju ke Taitung, tergelincir dalam satu terowong di utara Hualien, menyebabkan beberapa gerabak merempuh dinding terowong tersebut, kata pihak bomba dalam satu kenyataan.

Menurut laporan media, kejadian itu merupakan nahas kereta api terburuk di pulau tersebut dalam lebih tiga dekad.

Ramai dikatakan terperangkap dalam gerabak kereta api itu selepas nahas itu berlaku.

Kereta api itu membawa sekitar 350 penumpang, dan usaha menyelamat masih berjalan, menurut jabatan itu sekitar tengah hari semalam, lapor Reuters.

Antara 80 hingga 100 orang telah dikeluarkan daripada empat gerabak pertama kereta api itu, manakala gerabak lima hingga lapan telah remuk dan sukar untuk dimasuki, kata penguasa itu lagi.

Agensi rasmi Central News Agency berkata sebuah lori yang "tidak diletak dengan betul" disyaki meluncur ke landasan kereta api.

Pasukan bomba menunjukkan gambar bangkai lori yang terletak di sebelah kereta api yang tergelincir itu.

"Kereta api kami merempuh sebuah lori. Lori itu terjatuh," kata seorang lelaki dalam satu video yang disiarkan di televisyen Taiwan, yang menunjukkan gambar-gambar kereta api tersebut.

Bahagian depan kereta api itu terdampar di luar terowong berkenaan dan penumpang yang berada dalam gerabak yang masih berada dalam terowong itu telah dibawa keluar, kata pentadbiran kereta api Taiwan.

Gambar di tempat kejadian menunjukkan gerabak dalam terowong itu remuk daripada impak rempuhan, dengan penumpang kelihatan mengambil barangan mereka dalam gerabak yang sudah mereng.

Terdapat penumpang juga kelihatan berjalan di sepanjang landasan kereta api di tempat kejadian.

Kemalangan itu berlaku pada cuti panjang hujung minggu Pesta Qing Ming, atau perayaan tradisional membersihkan kubur bagi masyarakat Cina.

Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga yang terjejas.

Sejauh ini, tiada laporan tentang warga Singapura yang terlibat dalam kemalangan itu.

MFA telah mendekati warga Singapura yang mendaftar di Taiwan dan akan terus memantau keadaan di sana, kata MFA.

Warga Singapura yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Pejabat Dagang Singapura di Taipei di talian +886 953-532-638 atau Pejabat Tugas MFA 24 jam di +65-6379- 8800/8855.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3