Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 500 Rohingya lari dari pusat tahanan Pulau Pinang

Enam maut cuba seberang lebuh raya, lebih 350 ditahan semula
Apr 22, 2022 | 05:30 AM



ALOR SETAR: Polis Malaysia berkata kesesakan di pusat tahanan imigresen di Pulau Pinang mungkin menyebabkan rusuhan yang menyaksikan ratusan pendatang Rohingya melarikan diri kelmarin



Ketua Polis Kedah, Pesuruhjaya Polis (CP) Wan Hassan Wan Ahmad, berkata polis sedang menyiasat lebih lanjut untuk mengenal pasti punca kejadian di pusat tahanan sementara Sungai Bakap itu, yang terletak di sempadan negeri itu dengan Pulau Pinang.



Kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 dan 224 Kanun Keseksaan, yang merujuk kepada tindakan menghalang penangkapan dan rusuhan. Kedua-dua seksyen memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun.



Sekitar 528 pendatang Rohingya melarikan diri dari pusat tahanan itu awal pagi Rabu. Seramai enam daripada mereka terbunuh apabila cuba menyeberangi sebuah lebuh raya.



Polis telah menahan semula 357 daripada pelarian itu lewat petang kelmarin.



CP Wan Hassan berkata 23 pegawai Jabatan Imigresen berada di pusat itu ketika rusuhan tercetus.



"Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan hanya terdapat kerosakan kecil pada pintu utama serta pagar," katanya.



"Terdapat terlalu ramai tahanan di kawasan yang agak sempit dan ia menjadi tidak terkawal, dengan tahanan mengambil peluang untuk melarikan diri."



CP Wan Hassan berkata polis telah melancarkan operasi dengan rakan sejawatan mereka di Pulau Pinang untuk mengesan tahanan yang masih bebas.



"Kami telah mengadakan empat sekatan jalan raya di kawasan Bandar Baharu, empat di selatan Seberang Prai dan lima di kawasan Kulim. Kami juga adakan rondaan polis di lapangan," katanya.



Ramai daripada tahanan Rohingya itu dipindahkan ke kem berkenaan tidak sampai setahun lalu, dari sebuah kem imigresen di pulau Langkawi.



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata pelarian itu ditahan kerana memasuki Malaysia secara haram pada 2020.



Sementara itu, kawalan keselamatan di pusat tahanan imigresen di seluruh negara dipertingkat menyusuli kejadian itu.



Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, berkata komandan di pusat tahanan telah meletak premis mereka dalam keadaan berjaga-jaga.



Mereka juga telah berhubung dengan balai polis berhampiran supaya permohonan bantuan boleh dibuat sekiranya berlaku sesuatu kejadian.



"Kami mengetatkan kawalan keselamatan di pusat tahanan lain sekiranya banduan mendapat inspirasi daripada kejadian itu dan mahu melakukan percubaan serupa," kata Datuk Seri Khairul.



Muslim Rohingya ialah kumpulan etnik dari Myanmar, yang majoriti penduduknya beragama Buddha. Sebahagian besar orang Rohingya tidak bernegara selepas Myanmar enggan mengiktiraf kerakyatan mereka.



Sejak 2015, krisis pelarian akibat keganasan kaum di negeri Rakhine Myanmar terhadap Rohingya telah menyaksikan berjuta-juta anggota kumpulan minoriti itu melarikan diri ke negara jiran.



Malaysia mempunya populasi Rohingya keempat terbesar di luar Myanmar, selepas Bangladesh, Pakistan dan Arab Saudi.



Lebih 150,000 orang Rohingya menetap di Malaysia mengikut anggaran terkini.



Bangladesh mempunyai paling ramai dengan lebih 1.3 juta ditempatkan di kem tahanan di sana. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >