Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 500,000 rakyat Venezuela lari ke Colombia

Jan 20, 2018 | 02:26 PM



BOGOTA: Lebih setengah juta rakyat Venezuela mencari perlindungan di Colombia selepas krisis ekonomi melanda negara itu, kata pihak berkuasa Bogota, semalam



Katanya 550,000 rakyat Venezuela dikesan memasuki Colombia, meningkat 62 peratus berbanding tahun lalu.



Pengarah Migrasi Colombia, Christian Kruger, berkata krisis ekonomi berkenaan bukan saja memaksa ribuan rakyat Colombia yang berhijrah ke Venezuela kembali semula ke negara asal, tetapi turut membuatkan mereka melarikan diri ke Colombia.



"Mereka (rakyat Venezuela) menjadikan negara ini sebagai transit, tempat kediaman atau membeli barangan keperluan," katanya.



Kedua-dua jiran di benua Amerika Selatan itu berkongsi sempadan sepanjang 2,200 kilometer.



Sementara itu, Menteri Kewangan Mauricio Cardenas yang memberitahu wartawan awal minggu ini bahawa kerajaan bersedia menanggung semua kos berhubung dasar keterbukaan dan perpaduan sehingga hari ini.



"Kami menawarkan perubatan kecemasan dan persekolahan kepada semua rakyat Venezuela." katanya.



Walau bagaimanapun, beliau memberi amaran Colombia memiliki had tertentu jika kehadiran pendatang terus meningkat'. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >