Lebih 56% warga dewasa M'sia sudah dapat 2 dos vaksin

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 56% warga dewasa M'sia sudah dapat 2 dos vaksin

Kes harian Covid-19 kembali lepasi angka 20,000 apabila 20,837 kes direkodkan semalam
Aug 25, 2021 | 5:30 AM

Lebih 56% warga dewasa M'sia sudah dapat 2 dos vaksin

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
MAKAN DI LUAR: Penduduk Malaysia yang telah menerima vaksin Covid-19 sepenuhnya boleh makan di luar. - Foto REUTERS
MAKAN DI LUAR: Penduduk Malaysia yang telah menerima vaksin Covid-19 sepenuhnya boleh makan di luar. - Foto REUTERS -

KUALA LUMPUR: Jumlah penduduk dewasa Malaysia yang menerima suntikan lengkap dua dos vaksin meningkat kepada 56.9 peratus atau 13.31 juta orang, setakat kelmarin.

Pada masa yang sama, seramai 18.47 juta individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Mendedahkan demikian, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memaklumkan bahawa kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 31.79 juta dos.

Dalam pada itu, vaksinasi harian kelmarin di Malaysia mencatatkan penurunan kepada 396,576 dos, berbanding 441,100 dos diberikan tiga hari lepas, dengan 246,109 daripadanya adalah dos kedua.

Dalam perkembangan berasingan, sebanyak 26 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sekitar Lembah Klang, membabitkan daerah Gombak, Klang, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor dan Kuala Lumpur, ditutup bermula kelmarin.

JKAV memaklumkan PPV Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pula ditutup bermula semalam.

"Antara 26 PPV yang ditutup semalam (kelmarin) adalah Dewan Alwy Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (Gombak); Hotel Premiere Klang (Klang); Institut Pengurusan Peladang (Kuala Selangor); Persada Plus (Petaling); Dewan Seri Sekinchan (Sabak Bernam); Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi (Sepang); Kajang Mewah Club (Hulu Langat); Dewan Komuniti Serendah (Hulu Selangor); dan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (Kuala Lumpur).

"Selain itu, PPV Dewan Canselor, MSU (Petaling) pula akan ditutup esok (hari ini), manakala PPV Mahsa University (Kuala Langat) akan ditutup pada 29 Ogos ini," katanya.

Menurut kenyataan itu, dua lagi PPV iaitu Dewan MPSJ Puchong Indah dan Dewan Meranti 2, Seksyen U20 di Petaling pula akan ditutup pada 6 September nanti.

"Dua lagi PPV iaitu Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat dan Dewan Sivik MBPJ di Petaling akan ditutup pada 30 September nanti," katanya.

JKAV juga memaklumkan bahawa PPV Stadium Nasional Bukit Jalil tidak lagi menerima walk-in bukan warga negara bermula kelmarin dan akan digantikan dengan vaksinasi melalui kaedah temu janji.

Untuk mendapatkan temu janji, individu perlu mendaftar bagi PICK melalui MySejahtera, laman sesawang www.vaksincovid.gov.my atau hubungi talian 1800-888-828.

Sementara itu, kes harian Covid-19 di Malaysia kembali melepasi 20,000 apabila 20,837 kes direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,593,602 kes.

Kelmarin, negara itu mencatatkan 17,672 kes. Tiga hari lalu, jangkitan harian adalah 19,807 - dua hari berturut-turut angka harian di bawah 20,000.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, semalam berkata semua negeri mencatatkan pertambahan kes dengan Selangor kekal menjadi negeri tertinggi melaporkan kes harian iaitu sebanyak 4,645 kes.

Sabah merekodkan 3,376 kes, manakala Pulau Pinang (2,054), Kedah (1,772), Johor (1,743), Sarawak (1,543), Kelantan (1,422), Kuala Lumpur (1,284) dan Perak (1,242).

"Selain itu Pahang dengan 521 kes baru, Melaka (396), Terengganu (383), Negeri Sembilan (351), Perlis (74), Putrajaya (27) dan Labuan (4)," katanya menerusi Facebook. - BHM.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg