Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 70 cedera apabila lantai bursa saham di Jakarta runtuh

Jan 15, 2018 | 08:14 PM



JAKARTA: Lebih 70 orang cedera selepas lantai di Tower 2 bangunan Bursa Saham Indonesia (IDX) di Jakarta runtuh hari ini.



Orang ramai telah dipindahkan dari bangunan selepas laluan di Tower 2 runtuh sejurus selepas tengah hari.



Punca keruntuhan itu belum diketahui, tetapi polis mengatakan ia bukan disebabkan letupan.



Laporan tempatan menunjukkan ada orang, yang jumlahnya tidak dapat dipastikan, terperangkap di bawah puing sedang video orang menjerit dan bergegas keluar dari bangunan itu tular dalam talian.



Lantai yang runtuh itu terletak di atas lobi utama bangunan tersebut dan berhampiran tempat pelawat diimbas dan diperiksa sebelum masuk.



Jurucakap polis Jakarta Argo Yuwono memberitahu wartawan di tempat kejadian, seramai 75 orang cedera dan dirawat di hospital.



Belum ada kematian dilaporkan.



Katanya, ramai orang yang bekerja di dalam bangunan itu akan menyeberang lantai yang menghubungkan Tower 2 ke Tower 1 bangunan tersebut ketika ia runtuh.



"Kami masih menilai, tetapi sebelum ini, 15 ambulans telah menghantar mangsa ke hospital," katanya, ketika ditanya mengenai jumlah mangsa yang diselamatkan setakat ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >