Lebih 70 maut dalam serangan pengebom nekad di Lahore
Mar 29, 2016 | 05:30 AM
LAHORE: Sekurang-kurangnya 72 orang maut manakala beratus lagi cedera yang kebanyakannya kanak-kanak apabila pengebom nekad meletupkan dirinya di sebuah taman riadah yang dipenuhi orang ramai di ibu negara Lahore, Pakistan.
Serangan itu berlaku kelmarin ketika penduduk Kristian meraikan sambutan Hari Easter yang menyaksikan orang ramai beriadah ketika hujung minggu.