Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 70 peluru berpandu Russia bedil Ukraine

Dec 18, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Russia menghujani Ukraine dengan lebih 70 peluru berpandu, yang merupakan salah satu serangan terbesar Kremlin ke atas negara jirannya itu - sejak peperangan bermula pada Februari lalu.



Serangan tersebut mengakibatkan bekalan tenaga di bandar kedua terbesar Ukraine terputus hingga memaksa Kyiv menggunakan bekalan kecemasan demi menangani masalah terputusnya bekalan elektrik, kata pegawai Ukraine.



Datuk bandar Kyiv, Encik Vitali Klitschko, berkata kelmarin penduduknya berdepan gangguan kedua-dua bekalan air dan alat pemanas selain mempunyai hanya 40 peratus bekalan elektrik.



Sistem pengangkutan kereta api di bandar itu - yang merupakan sistem pengangkutan utama - kekal ditutup.



Moscow berkata, serangannya bertujuan merencatkan keupayaan tentera Ukraine.



Russia dilaporkan mengebom prasarana kritikal di seluruh negara Ukraine dengan peluru berpandu semalam, sekali gus memadamkan kuasa ketika orang ramai sedang berlindung di tempat perlindungan.



Pegawai tempatan berkata, infrastruktur yang dibom adalah di wilayah timur Kharkiv, wilayah Laut Hitam Odesa dan di Vinnytsia di barat tengah Ukraine.



Ia adalah gelombang besar serangan peluru berpandu terbaru sejak Oktober lalu.



Pegawai wilayah berkata, Kharkiv, pusat bandar Hijrah dan sebahagian Kyiv sudah terputus bekalan elektrik dan wilayah Sumy utara pula mengalami gangguan bekalan elektrik.



Saksi agensi berita Reuters di ibu negara berkata, letupan kuat juga bergema di Kyiv, dan sistem pertahanan udara sedang beroperasi di seluruh Ukraine.



Pengendali kereta api Ukraine pula berkata, beberapa laluan kereta api terputus bekalan elektrik.



Timbalan ketua pejabat presiden, Encik Kyrylo Tymoshenko, berkata sebuah bangunan kediaman juga dihentam di pusat bandar Kryvyi Rih, dengan ramai terperangkap di bawah runtuhan.



Gabenor wilayah Kyiv, Encik Oleksiy Kuleba, mengesahkan "serangan besar-besaran yang dilancarkan Russia" ke atas negaranya itu.



Setakat ini, tiada maklumat segera mengenai mangsa terkorban dan tidak jelas apa infrastruktur kritikal yang terjejas.



"Jangan abaikan amaran serbuan udara, kekal di tempat perlindungan," kata Encik Kyrylo Tymoshenko di aplikasi Telegram.



Russia yang mula menyerang Ukraine pada Februari lalu, sudah menyerang prasarana tenaga Ukraine sejak Oktober lalu mengakibatkan gangguan bekalan elektrik berulang kali di seluruh negara pada permulaan musim sejuk.



Moscow berkata, serangan ke atas prasarana asas adalah sah dari segi ketenteraan tetapi Ukraine menyatakan, serangan yang bertujuan menyebabkan kesengsaraan orang awam itu adalah jenayah perang.



"Mereka ingin memusnahkan kami dan menjadikan kami hamba abdi tetapi kami tidak akan menyerah. Kami akan terus bertahan," kata seorang warga Ukraine, Cik Lidiya Vasilieva, 53 tahun, semasa berjalan ke arah tempat perlindungan di stesen kereta api di ibu kota Kyiv. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >