Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SYAWAL DI INDONESIA

Lebih 70,000 kenderaan 'mudik' diarah berpatah balik

May 13, 2021 | 05:30 AM



JAKARTA: Lebih 70,000 kenderaan dengan penumpang yang mahu mudik bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri hari ini terpaksa berpatah balik sejak pemerintah Indonesia melarang warganya pulang kampung, Khamis lalu.



Namun, ada pula berjaya lolos dari 381 pusat pemeriksaan yang diadakan di tiga pulau besar Indonesia - Sumatra, Jawa dan Bali.



Satu pasukan pihak berkuasa melibatkan 166,000 anggota polis, tentera, kakitangan kementerian pengangkutan dan ketenteraman awam ditugaskan mengendalikan pusat pemeriksaan tersebut, memeriksa permit yang perlu dan keperluan perjalanan.



Di Jawa Barat, sebanyak 36,000 kereta dan motorsikal yang punya penumpang melepasi jalan utama serta jalan alternatif yang disebut sebagai 'jalan tikus', diarahkan untuk pusing semula, Sabtu lalu.



Setiap tahun, di penghujung Ramadan, jutaan warga yang bekerja di ibu kota, Jakarta, dan di tempat-tempat lain di kepulauan Indonesia, melangkah pulang ke kampung halaman menerusi pengangkutan udara, laut dan darat untuk meraikan Hari Raya bersama keluarga.



Indonesia, negara paling ramai penganut Islam, dengan lebih 90 peratus daripada 270 juta rakyatnya adalah Muslim, pemerintahnya telah menghalang mudik untuk tahun kedua-dua berturut-turut demi mengekang penularan jangkitan Covid-19, yang telah menyebabkan lebih 47,000 orang terkorban dan sehingga semalam, lebih 1.7 juta telah dijangkiti koronavirus.



Hanya mereka yang memikul tugas rasmi atau melakukan perjalanan atas tujuan penting, dikecualikan dari larangan mudik, yang berlangsung sehingga Isnin ini.



Satu tinjauan oleh Kementerian Pengangkutan menunjukkan 18 juta orang akan tetap pulang walaupun adanya larangan mudik.



Seorang pekerja kilang, Encik Fajar Fahmi, yang merupakan diantara mereka yang berjaya melepasi sekatan, telah pulang ke kampungnya di Brebes, di Jawa Tengah.



"Saya telah diarahkan untuk buat pusingan di Bekasi (Jawa Barat). Tetapi saya ketemu satu jalan pintas menerusi Jakarta," katanya yang ditukil Kompas TV, dan menambah ramai yang lain sepertinya, akan meneruskan perjalanannya selepas menunggu pengawal meninggalkan pusat pemeriksaan mereka.



Hujan lebat di Cikarang dan Karawang, Jawa Barat, membenarkan warga untuk memanfaatkan 'jalan tikus' untuk ke Cirebon, awal Ahad lalu.



Namun begitu, polis tetap berjaya mematahkan percubaan orang lain yang cuba menyusup keluar menggunakan bot nelayan, ambulan, trak sayur-sayuran dan bas.



Jurucakap polis Jawa Barat, Encik Adrimulan Chaniago berkata pada Ahad lalu, polis telah menemui 138 perkhidmatan bas haram yang membawa penumpang ke pelosok Jawa Barat dari kawasan luas Jakarta - meliputi Jakarta, Bogor, Depok, Tangerang, dan/atau Bekasi (Jabotabek).



"Sekatan telah dilaksanakan dan semua kenderaan telah ditahan," katanya yang ditukil Antara.



Para pegawai bimbang tindakan 'mudik' akan menyebabkan kes Covid-19 melonjak selepas sambutan Hari Raya, terutamanya selepas varian B1617 dari India yang mudah berjangkit telah dikesan, serta varian B1351 di Afrika Selatan dan B1117 di Britain.



Dua penumpang bas dari Tangerang, Banten, yang berjaya ke Solo di Jawa Tengah, pada Jumaat lalu telah didapati positif bagi Covid-19 sebaik ketibaan mereka. - The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >