Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PEMERGIAN RATU ELIZABETH

Lebih 750,000 beratur panjang untuk beri penghormatan

Sep 15, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Orang ramai terus membanjiri kawasan ibu kota Britain bagi memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II di Dewan Parlimen Westminster, dengan lebih 750,000 mulai berbaris sejauh 7.5 kilometer semalam.



Ratu Elizabeth, 96 tahun, meninggal dunia di Istana Balmoral, Scotland, pada 8 September lalu.



Dianggarkan sekitar 33,000 orang memberi penghormatan terakhir ketika keranda yang membawa jenazahnya diletakkan di Gereja St Giles, Edinburgh, selama 24 jam.



Upacara di ibu kota Britain berlangsung hampir lima hari dan berakhir pada pagi hari pengebumiannya Isnin ini, dan akan dilaksanakan dalam skala besar.



"Ini adalah acara sekali dalam seumur hidup untuk menghormati satu-satunya wanita teristimewa," kata Encik Andrew Israels-Swenson, dari Minnesota, Amerika Syarikat, yang memberitahu ibunya, warga Britain yang berusia 82 tahun, memintanya hadir untuk 'mewakili keluarga'.



Kelmarin, beliau dan ramai orang awam lain beratur untuk menjadi antara yang pertama melihat keranda mendiang yang akan diletakkan di atas platform berhias di dalam dewan Parlimen Britain.



Kerajaan turut mengeluarkan garis panduan untuk orang awam yang ingin hadir, antaranya meminta mereka menjaga kelakuan dan tidak berbuat bising sepanjang berada di dalam Istana Westminster.



"Tingkah laku seperti antisosial atau tidak wajar (termasuk memotong barisan, pengambilan alkohol yang berlebihan atau mabuk) tidak akan diterima dan anda akan diminta keluar daripada barisan," kata panduan kerajaan itu.



Selain itu, orang ramai juga tidak dibenarkan mengambil video atau foto sepanjang upacara berkenaan.



Ratusan ribu orang yang diramalkan menyertai upacara itu akan diminta beratur di sepanjang tebing selatan Sungai Thames dan perlu melepasi mercu tanda popular, London Eye.



Selepas menyertai barisan, orang awam berkabung akan diberikan gelang tangan bagi membolehkan mereka meninggalkan barisan sebentar untuk menggunakan tandas atau mendapatkan makanan dan minuman.



Sementara itu, lebih 500 pemimpin dan kerabat diraja seluruh dunia dijangka hadir pada upacara pengebumian Ratu Elizabeth II yang dijadualkan berlangsung pada Isnin ini.



Bagaimanapun, menurut koresponden diplomatik British Broadcasting Corporation (BBC), Encik James Landale, beberapa pemimpin antaranya Russia, Belarus, Myanmar tidak dijemput menghadiri acara itu.



Acara pengebumian Ratu Elizabeth ditetapkan sebagai salah satu perhimpunan terbesar yang dianjurkan di UK selama beberapa dekad.



Majlis itu akan diadakan di Westminster Abbey, yang mempunyai kapasiti kira-kira 2,200 orang.



Hubungan diplomatik di antara Britain dan Russia goyah sejak pencerobohan Kremlin ke atas Ukraine.



Jurucakap Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, pada minggu lalu telah memaklumkan "tidak mempertimbangkan" untuk menghadiri pengebumian itu.



UK turut menjarakkan hubungan diplomatiknya secara ketara dengan Myanmar sejak rampasan kuasa oleh junta tentera di negara itu pada Februari 2021. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >