Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TIMUR TENGAH

Lebih 80 maut dalam rempuhan semasa agih bantuan kewangan di Yaman

Apr 21, 2023 | 05:30 AM



SANAA: Sekurang-kurangnya 85 orang terbunuh, manakala lebih 322 cedera dalam rempuhan yang berlaku di ibu negara Yaman semasa pengagihan bantuan kewangan, kata pegawai kesihatan Houthi kepada AFP.



Mangsa yang maut dan cedera dipindahkan ke hospital berdekatan dan pihak yang bertanggungjawab untuk bantuan amal itu sudah ditahan, kata Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita pemberontak, Saba.



Kementerian Dalam Negeri Houthi tidak memberikan jumlah yang tepat, bagaimanapun berkata "puluhan orang terbunuh akibat rempuhan ketika pengagihan wang secara rawak oleh beberapa peniaga."



Pengagihan di kawasan Bab al-Yemen Sanaa yang dikuasai Houthi itu berlaku beberapa hari sebelum cuti perayaan Aidilfitri yang menandakan berakhirnya bulan suci Ramadan.



Video yang tersebar di media sosial menunjukkan mayat bergelimpangan di dalam sebuah kompleks besar apabila orang ramai mengerumuni mereka.



Bagaimanapun, AFP tidak dapat mengesahkan kesahihan rakaman itu.



Ratusan orang telah membanjiri sebuah sekolah untuk menerima derma itu, sebanyak 5,000 riyal Yaman ($26.70), kata dua saksi kepada Reuters.



Satu lagi video yang dipos televisyen Houthi menunjukkan orang berasak-asak, ada yang berteriak dan meminta tolong untuk dikeluarkan.



Konflik di Yaman tercetus pada 2014 apabila pemberontak Houthi yang disokong Iran merampas Sanaa, mendorong pakatan yang diketuai Arab Saudi untuk campur tangan pada tahun berikutnya bagi menyokong kerajaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.



Pertempuran di Yaman mencetuskan apa yang disifatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai salah satu tragedi kemanusiaan terburuk di dunia.



Lebih 21.7 juta, dua pertiga daripada penduduk memerlukan bantuan kemanusiaan tahun ini, menurut PBB.



Encik Mohamed Ali al-Houthi, ketua jawatankuasa revolusi tertinggi Houthi, berkata rempuhan itu adalah akibat rakyat Yaman yang mengalami "krisis kemanusiaan global paling teruk" selepas lapan tahun pertempuran.



"Kami menganggap negara penceroboh bertanggungjawab atas apa yang berlaku dan atas realiti pahit yang dialami rakyat Yaman kerana pencerobohan dan sekatan," katanya di Twitter.



Riyadh dan Teheran pada Mac bersetuju untuk memulihkan hubungan diplomatik yang terputus pada 2016 dan pertukaran tahanan pada April antara kedua-dua pihak telah menimbulkan harapan penyelesaian kepada konflik itu.



Perunding tertinggi pergerakan Houthi Yaman berkata rundingan damai baru-baru ini dengan Arab Saudi telah mencapai kemajuan dan perbincangan lanjut akan diadakan untuk menyelesaikan perbezaan yang masih ada. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >