Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 800 militan Al-Qaeda terbunuh dalam operasi di Yemen

Apr 25, 2016 | 12:15 PM
PETEMPURAN BERDARAH: Peristiwa ini dirakam pada 9 Februari 2016 yang menunjukkan warga Yemen melihat bangkai kereta yang musnah menyusuli pertempuran antara pasukan tentera yang taat kepada President Abedrabbo Mansour Hadi yang disokong Arab Saudi dengan anggota Al-Qaeda di Mansura di sebuah kawasan di Aden. Kumpulan pemberontak bersenjata Al-Qaeda dan Negara Islam mahu memperkukuh kedudukan mereka di selatan Yemen setelah ketiadaan pemerintahan negara dan tiada bantahan dari pasukan tentera sekutu Arab, kata pakar. - Foto AFP
PETEMPURAN BERDARAH: Peristiwa ini dirakam pada 9 Februari 2016 yang menunjukkan warga Yemen melihat bangkai kereta yang musnah menyusuli pertempuran antara pasukan tentera yang taat kepada President Abedrabbo Mansour Hadi yang disokong Arab Saudi dengan anggota Al-Qaeda di Mansura di sebuah kawasan di Aden. Kumpulan pemberontak bersenjata Al-Qaeda dan Negara Islam mahu memperkukuh kedudukan mereka di selatan Yemen setelah ketiadaan pemerintahan negara dan tiada bantahan dari pasukan tentera sekutu Arab, kata pakar. - Foto AFP -

RIYADH (Arab Saudi): Lebih 800 anggota militan Al-Qaeda dilaporkan terbunuh dalam satu operasi ketenteraan diketuai Arab Saudi di selatan Yemen.

Menurut kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi Arab Saudi, SPA, beberapa pemimpin militan tersebut dipercayai terbunuh dalam operasi berkenaan manakala sejumlah anggota kumpulan turut melarikan diri.

Bagaimanapun laporan itu tidak menyatakan lokasi sebenar dan tarikh operasi itu dilakukan.

Angkatan tentera propemerintah telah menawan semula loji minyak serta bandar Mukalla, yang merupakan kubu kuat pemberontak pendukung jihad, kata sumber tentera.

""Operasi ini menghasilkan... kematian lebih 800 anggota Al-Qaeda dan beberapa pemimpin mereka sementara ada pula melarikan diri," menurut ketua pemerintah tentera bersekutu Arab Saudi dalam satu kenyataan yang disiarkan SPA.

Jumlah kematian tidak boleh disahkan dan tiada jumlah mangsa awam direkodkan.

Operasi ini merupakan satu serangan ofensif meluas yang bertujuan merampas semula bahagian yang ditawan golongan militan sebelum ini, yang telah mengeksploit satu perang 13 bulan antara pasukan tentera yang taat dan mendapat sokongan Arab Saudi dan para pemberontak yang disokong Iran.

Ia bertembung dengan rundingan damai yang diusahakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Kuwait selepas gencatan senjata dikuatkuasakan pada 11 April lalu, tetapi beberapa golongan militan yang mendukung jihad telah dikecualikan. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg