Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 8,000 terkorban akibat Covid-19 di Jerman

May 20, 2020 | 3:00 PM
KESAN KORONAVIRUS: Potongan bentuk rupa penyokong kelab bola sepak Borussia Moenchegladbach dilihat di stadium bola sepak Borussia Park di Moenchengladbach, selatan Jerman, yang dirakamkan pada 19 Mei lalu, di tengah-tengah penularan koronavirus, yang sejauh ini telah mengorbankan lebih 8,000 warga Jerman.
KESAN KORONAVIRUS: Potongan bentuk rupa penyokong kelab bola sepak Borussia Moenchegladbach dilihat di stadium bola sepak Borussia Park di Moenchengladbach, selatan Jerman, yang dirakamkan pada 19 Mei lalu, di tengah-tengah penularan koronavirus, yang sejauh ini telah mengorbankan lebih 8,000 warga Jerman. - - Foto: AFP

BERLIN: Jerman hari ini mengesahkan kes koronavirus yang disahkan di negara itu telah meningkat 797.

Ini menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 176,007 kes, menurut data dari Institut Robert Koch bagi penyakit berjangkit.

Negara itu merekodkan 83 kes kematian hari ini, mencapai 8,090 orang secara keseluruhannya.

Amerika Syarikat kekal di tangga teratas dengan 1,533,706 kes jangkitan sedang ia menghadapi 91,787 korban akibat koronavirus.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Myanmar semalam menyatakan lapan kes Covid-19 telah dikesan dalam kalangan rakyatnya yang baru diusir pulang dari Malaysia susulan penahanan mereka kerana tidak memiliki dokumen sah.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Encik Than Naing Seo, berkata kes baharu itu dikesan di lima kawasan berasingan dalam kalangan 120 rakyatnya yang dihantar pulang dari Malaysia baru-baru ini dan kesemua mereka dikuarantin.

Myanmar setakat ini melaporkan 191 kes COVID-19 termasuk enam kematian

Secara keseluruhannya, terdapat 4.91 juta kes koronavirus di seluruh dunia sejauh ini.

Daripada jumlah tersebut, 322,405 telah terkorban.

Sejumlah 1.8 juta pula dilaporkan telah pulih. - Reuters, BHM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg