Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 86 harimau pembiakan kuil Thailand mati dek sistem imun lemah

Sep 16, 2019 | 06:47 PM



BANGKOK - Lebih separuh daripada hampir 150 harimau yang dirampas pihak berkuasa Thailand dari kuil harimau tarikan pelancong, mati diserang virus, menurut laporan media.



Kuil Buddha itu, atau Wat Pa Luang Ta Bua dalam Bahasa Siam, yang terletak di barat Bangkok menjadi daya tarikan pelancong, di mana mereka boleh menyusukan dan bergambar dengan anak harimau. 



Namun pihak berkuasa telah merampas harimau yang disimpan di sana pada 2016 atas dakwaan kuil tersebut terlibat dalam kegiatan penyeludupan haiwan liar.



Harimau yang dirampas kemudian dibawa ke dua tempat perlindungan haiwan yang diselengggarakan oleh pihak berkuasa, namun mereka mati dijangkiti virus akibat sistem imun yang lemah, ekoran pembiakan sesama harimau yang dijaga di kuil itu sahaja. 



Menurut laporan Reuters, kuil harimau itu sering mempromosikan dirinya sebagai tempat perlindungan kehidupan liar, tetapi ia pernah disiasat kerana disyaki terpaut dalam kegiatan penyeludupan kehidupan liar serta penderaan haiwan, satu tuduhan yang ditentang kuat oleh kuil tersebut. -Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >