Premium
Lebih banyak negeri mahu cabar undang-undang
Mar 11, 2017 | 5:30 AM
AMBIL TINDAKAN: Encik Ferguson mengumumkan rancangan pihaknya mahu menghalang arahan eksekutif Presiden Trump yang disemak berkaitan kemasukan warga dari sekumpulan negara majoriti Muslim. - Foto AFP -
WASHINGTON: Beberapa negeri di Amerika Syarikat menyatakan bahawa mereka akan meneruskan usaha mencabar undang-undang terhadap arahan eksekutif disemak yang dikeluarkan Presiden Donald Trump minggu ini, yang melarang secara sementara kemasukan pelarian dan beberapa pelancong dari sekumpulan negara majoriti Muslim.
Arahan larangan perjalanan baru itu, yang dijadualkan berkuat kuasa 16 Mac, menggantikan larangan lebih menyeluruh yang dikeluarkan pada 27 Januari lalu, yang telah menyebabkan huru-hara dan bantahan di lapangan terbang.

