Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih banyak syarikat AS tetapkan pekerja jalani vaksinasi sebelum kembali ke pejabat

Aug 07, 2021 | 02:08 PM



NEW YORK: Dari Wall Street ke Lembah Silicon, rumah sembelih hingga ke syarikat penerbangan - lebih banyak firma Amerika kini memerlukan pekerja mereka menjalani vaksinasi Covid-19 untuk kembali ke tempat bertugas. Malah, ada yang sanggup menghentikan pekerja jika mereka tidak patuhi undang-undang ini.



Rangkaian berita CNN menghentikan tiga pekerjanya yang melanggar undang-undang dan pergi ke tempat bertugas tanpa menjalani vaksinasi.



"Biar saya menyampaikannya dengan jelas - kami mempunyai dasar tiada toleransi berkenaan isu vaksinasi," kata pengerusi CNN, Encik Jeff Zucker, dalam memo yang ditulis buat pekerjanya.



Memo tersebut kemudian disampaikan dalam satu pesanan Twitter wartawan saluran tersebut.



Sedang pakar dunia korporat mengatakan firma ini mempunyai hak guaman untuk berbuat demikian, pihak korporat pula keberatan mengambil langkah ini lebih awal dalam tempoh pandemik kerana kemungkinan takut pada tindak balas politik.



Namun, sedang firma ini bergerak dalam membuka semula pejabat, kadar vaksinasi Amerika terhenti pada sekitar 50 peratus manakala jangkitan virus pula bertambah kerana varian Delta.



Bos United Airlines, Encik Scott Kirby, yang menimbangkan ketetapan vaksin buat kakitangannya pada Januari mengumumkan pada Jumaat sekitar 67,000 pekerjanya yang berpangkalan di Amerika perlu menjalani vaksinasi menjelang penghujung Oktober.



"Kami tahu sesetengah daripada anda tidak akan bersetuju dengan keputusan ini," katanya kepada pekerjanya secara bertulis.



"Namun, kami mempunyai lebih banyak tanggungjawab terhadap anda dan teman-teman sekerja anda bagi memastikan keselamatan anda apabila anda bekerja dan faktanya jelas: setiap orang akan lebih selamat apabila setiap individu menjalani vaksinasi," kata Encik Kirby lagi.



Pihak majikan mempunyai hak untuk memastikan pekerjanya yang pulang ke pejabat sudah menjalani vaksinasi dengan pengecualian atas sebab perubatan atau keagamaan, jelas Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Setara Amerika Syarikat (EEOC).



Profesor undang-undang kesihatan dan etika perubatan di Universiti Pennsylvania, Eric Feldman, berkata CNN berhak memecat pekerjanya jika undang-undangnya sudah dibentangkan.



"Meletakkan diri sendiri dalam risiko dengan tidak menjalani vaksinasi adalah perkara yang bodoh tetapi meletakkan orang lain dalam risiko terang-terangan adalah tidak beretika dan dalam kebanyakan kes, tidak wajar dilakukan dan ia harus menjadi sebab pekerja berkenaan dipecat," kata Profesor Feldman.



Firma di Wall Street juga menggalakkan pegawainya kembali ke pejabat dengan bank pelaburan Morgan Stanley dan pengurus aset BlackRock berkata pada Jun, hanya pekerja yang divaksin sahaja akan dibenarkan kembali ke pejabat.



Di Lembah Silicon, syarikat teknologi gergasi Google, Facebook dan Microsoft turut mengumumkan undang-undang yang sama sejak akhir-akhir ini.



Pengeluar daging Tyson Food mengumumkan pada Selasa bahawa vaksinasi wajib buat semua pekerjanya, baik di pejabat atau rumah sembelih, mulai 1 November.



"Dengan ledakan jangkitan berkaitan dengan varian Delta, ini adalah masa yang tepat bagi kami mengambil langkah selanjutnya dalam memastikan tenaga kerja kami sudah divaksin penuh," kata Ketua Pegawai Perubatan syarikat itu, Cik Claudia Coplein. - AFP



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >