Lebih ramai orang, badan disenarai hitam empat negara Arab
Premium
Lebih ramai orang, badan disenarai hitam empat negara Arab
Nov 24, 2017 | 5:30 AM

CUBA HURAI ISU DIPLOMATIK: Raja Salman Abdulaziz Al Saud dari Arab Saudi (kanan) dan Amir Kuwait, Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, bertemu di Riyadh bulan lalu. Usaha Kuwait mahu membantu menghurai isu diplomatik antara empat negara Arab dan Qatar belum berhasil. - Foto REUTERS -
DUBAI: Empat negara Arab yang memulaukan Qatar telah menambah 11 lagi orang dan dua pertubuhan, termasuk sebuah kumpulan ulama Islam, ke dalam senarai hitam "pengganas" mereka bagi negara Teluk, kata agensi berita SPA semalam.
Senarai itu kini meliputi Persatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) yang ditubuhkan pada 2004 oleh ulama yang kebanyakannya terdiri daripada anggota kumpulan Ikhwanul Muslimin dan dipengerusikan oleh Sheikh Yusuf al-Qaradawi yang berpengaruh.

