Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih ramai warga M'sia dijangka cari kerja di S'pura

Mata wang S'pura yang kukuh antara faktor utama
Jan 3, 2023 | 4:25 PM
SANGGUP RENTAS SEMPADAN: Bas yang menuju ke Koswe penuh dengan pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura. - Foto fail
SANGGUP RENTAS SEMPADAN: Bas yang menuju ke Koswe penuh dengan pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura. - Foto fail -

JOHOR BAHRU: Lebih ramai rakyat Johor dan rakyat Malaysia dari negeri lain dijangka mencari pekerjaan di Singapura dalam beberapa bulan akan datang. Setiausaha Persatuan Usahawan India Muslim Johor (Perusim) Encik Hussein Ibrahim, berkata mata wang Singapura yang kukuh merupakan faktor utama. "Pembuat roti canai dengan sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman bekerja dibayar kira-kira $80 (RM264) setiap hari manakala mereka yang kurang pengalaman boleh dengan mudah boleh dapat $50 (RM165) setiap hari untuk syif kerja 12 jam,'' katanya mengulas tentang pekerja yang memilih bekerja di Singapura. "Maklum balas daripada ahli kami menunjukkan 80 peratus daripada pembuat roti canai mereka kini bekerja di restoran India di Singapura," kata Encik Hussein. Tambahnya, kebanyakan mereka mendapat pekerjaan melalui rujukan daripada rakan Malaysia yang sudah bekerja di Singapura. Encik Hussein berharap Kerajaan Persekutuan yang baru akan membenarkan kedai makan India Muslim di Johor Bahru mengambil pekerja dari India dan Indonesia. "Tanpa pekerja ini, banyak restoran mungkin akan berhenti beroperasi,'' katanya. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg