Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih separuh gadis Makkah yang lari rumah adalah siswi

Jan 05, 2016 | 04:14 PM



MAKKAH (Arab Saudi): Satu tinjauan yang dijalankan di kawasan Makkah baru-baru ini mendapati hampir keseluruhan atau 96.3 peratus perempuan yang melarikan diri dari keluarga mereka merupakan warga Saudi dan selebihnya pula adalah warga asing, lapor akhbar Arab News hari ini.


Tinjauan itu juga menunjukkan, lebih separuh atau 51.9 peratus merupakan mahasiswi, sedang 36.4 peratus lagi adalah pelajar pasca menengah, dan 11.7 peratus lagi merupakan pelajar menengah.


Lebih separuh atau 54 peratus gadis yang lari meninggalkan rumah berusia antara 17 hingga 21 tahun; sedang suku atau 24.6 peratus lagi berusia diantara 22 hingga 26 tahun.


Golongan gadis berusia di bawah 16 tahun membentuk 15 peratus mereka yang lari meninggalkan rumah; dan 5 peratus lagi adalah wanita berusia 27 tahun ke atas.


Kajian yang dijalankan oleh ahli akademik dari Universiti Umm Al-Qura, menunjukkan bahawa hampir keseluruhan atau 86.1 peratus gadis yang lari meninggalkan rumah masih belum berumahtangga; dan seorang daripada setiap 10 yang ditinjau telah berumahtangga; manakala sebilangan kecil atau 0.5 peratus merupakan janda.


Di kalangan gadis yang belum berumahtangga, lebih lapan daripada setiap 10 orang atau 81.3 peratus tinggal bersama ibu bapa mereka; sedang 8.6 peratus tinggal bersama ibu mereka; 2.1 peratus tinggal bersama saudara mara; dan 1.6 peratus menyatakan mereka tinggi bersama-sama bapa mereka.


Tinjauan yang julung-julung kali diadakan di kawasan Makkah ini menunjukkan, beberapa sebab ia berlaku adalah kerana pengaruh media sosial; kawan tidak elok; salah faham tentang kekebasan; meniru budaya lain; kepercayaan yang lemah; kurang emosi terhadap keselamatan; dorongan untuk melancong ingin menikmati percutian lebih mencabar, layanan buruk suami, kurangnya dialog antara anggota keluarga; caci cerca, kemiskinan, miskin, tiada pengawasan ibu bapa dan rakan-rakan; dan menjadi mangsa keganasan akibat perbuatan ibu bapa atau adik-beradik.


Seorang pegawai dari Direktorat Pendidikan Makkah berkata, setiap orang perlu berasa selamat dan sihat baik secara jasmani, mental dan emosi.


Seorang kanak-kanak akan membesar dalam keadaan di mana mereka berasa diri mereka tidak terjamin, kurang stabil dan tanpa keselamatan emosi.


Pengerusi pasukan yang menjalankan penyelidikan itu berkata, keluarga adalah tunjang masyarakat dan "di sini kami memberi tumpuan kepada masalah gadis yang lari dari rumah, serta peranan institusi masyarakat dan faktor-faktor yang dikaitkan dengan gadis yang meninggalkan keluarga mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >