Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ledakan Gunung Ibu di Indonesia paksa penduduk 7 kampung pindah

May 19, 2024 | 02:34 PM



JAKARTA: Ledakan gunung berapi di pulau Halmahera di Indonesia telah memuntahkan debu kelabu pekat ke udara, memaksa pihak berkuasa mengarahkan penduduk di tujuh kampung berpindah dari rumah mereka.


Gunung Ibu meledak lewat malam pada 18 Mei, menyembur debu sehingga empat kilometer ke langit dengan kilat dilihat sambar-menyambar di sekeliling kawah, berdasarkan gambar dan maklumat yang dikongsi oleh agensi gunung berapi Indonesia.

Pasukan penyelamat yang dibentuk oleh polis, askar dan pegawai mencari dan menyelamat berada di kawasan itu untuk membantu penduduk berpindah.

Gunung Ibu telah meledak beberapa kali pada Mei, dengan agensi gunung berapi Indonesia menaikkan tahap amaran ke peringkat tertinggi pada 16 Mei.

Indonesia mempunyai 127 gunung berapi aktif dan beberapa gunung berapi aktif tersebut meledak baru-baru ini.

Lahar sejuk yang meledak dari Gunung Marapi, bersama hujan lebat yang menyebabkan banjir, membunuh lebih 60 orang pada 11 Mei.

Ledakan Gunung Berapi Ruang, di Sulawesi Utara baru-baru ini pula, memaksa pihak berkuasa memindahkan lebih 12,000 penduduk ke pulau berdekatan. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >