Lelaki bunuh 5 orang dalam serangan busur dan panah di Norway, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Lelaki bunuh 5 orang dalam serangan busur dan panah di Norway

Motif suspek yang merupakan warga Denmark tidak diketahui
Oct 15, 2021 | 05:30 AM

OSLO (Norway): Seorang warga Denmark berusia 37 tahun disyaki membunuh lima orang dalam satu serangan busur dan panah di bandar Kongsberg, Norway, dalam satu kejadian pembunuhan beramai-ramai yang jarang berlaku di negara itu, ujar polis semalam.

Dua orang, termasuk seorang pegawai polis yang tidak bertugas, cedera dalam serangan yang berlaku petang kelmarin, yang berlaku di beberapa lokasi berlainan di bandar itu, 68 kilometer ke barat daya ibu kota, Oslo.

"Pihak polis memberi maklumat ini kerana banyaknya desas-desus di media sosial mengenai orang yang tidak ada kaitan dengan tindakan amat serius ini," kata polis dalam satu kenyataan sambil memberi kewarganegaraan suspek tetapi tidak identitinya.

Polis belum memberi motif di atas serangan itu.

Angka kematian serangan itu adalah yang terburuk di Norway sejak 2011, apabila seorang pelampau kanan Anders Behring Breivik membunuh 77 orang, kebanyakan mangsa adalah remaja yang menyertai satu perkhemahan.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Penyiasat sedang menimbangkan sama ada serangan pada Rabu itu merupakan satu tindakan pengganasan, dan mengatakan mereka akan memberi laporan terperinci mengenai kejadian itu secepat mungkin.

Polis sedang menyoal siasat suspek dan dia bekerjasama, kata peguam belanya.

"Dia sedang bekerjasama dan memberi kenyataan terperinci mengenai kejadian ini," kata peguam bela Fredrik Neumann kepada penyiar awam NRK.

Mereka yang cedera telah dibawa ke hospital. Namun, polis belum mengatakan berapa orang yang cedera atau memberi perincian mengenai keadaan mereka.

Perdana Menteri Erna Solberg, yang jawatannya akan tamat beberapa hari lagi menyatakan kejadian itu mengejutkan semua pihak.

Serangan itu bermula sejurus sebelum 6.30 petang (12.30 pagi waktu Singapura) dan berlaku di beberapa kawasan Kongsberg. Suspek ditangkap pada 6.47 petang, kata polis.

Satu pasang busur dan panah telah digunakan bagi serangan itu, kata polis, sambil menambah bahawa mereka sedang menyiasat apakah senjata lain digunakan.

Kira-kira 28,000 orang tinggal di Kongsberg di tenggara Norway,

Berikutan serangan itu, direktorat polis mengatakan pihaknya telah mengarah pegawai polis di seluruh negara untuk membawa senjata api.

Polis Norway biasanya tidak bersenjata, namun pegawainya mempunyai akses kepada senjata apabila diperlukan.

Sementara itu, pihak perisikan Norway PST kini dalam situasi berjaga-jaga, kata seorang jurucakapnya, Martin Bernsen.

"Ia adalah amaran setakat ini," katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan motif keganasan.

Pada Ogos 2019, seorang neo-Nazi, Philip Manshaus, melepaskan tembakan di sebuah masjid di pinggir Oslo sebelum ditahan jemaah masjid, tanpa ada yang cedera parah.

Namun, dia sebelumnya menembak mati saudara tirinya, yang telah diambil dari China, dalam apa yang disebut pihak pendakwa sebagai "tindakan perkauman".

Beberapa serangan militan yang dirancang juga telah digagalkan pihak keselamatan. - AFP, Reuters.


"Pihak polis memberi maklumat ini kerana banyaknya desas-desus di media sosial mengenai orang yang tidak ada kaitan dengan tindakan amat serius ini."
- Kenyataan polis yang mendedahkan suspek warga Denmark, tetapi tidak mendedahkan identitinya.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map