Lelaki cuba bunuh mantan PM Jepun dijel seumur hidup

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki cuba bunuh mantan PM Jepun dijel seumur hidup

Jan 21, 2026 | 1:36 PM

Lelaki cuba bunuh mantan PM Jepun dijel seumur hidup

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
shinzo abe, pembunuhan, penjara, seumur hidup, PM jepun, tetsuya
Tetsuya Yamagami yang dituduh cuba membunuh mantan perdana menteri Jepun, Encik Shinzo Abe, dijatuhi hukuan penjara seumur hidup. - Foto: REUTERS

TOKYO: Lelaki yang cuba membunuh mantan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dengan pistol buatan sendiri dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada 21 Januari, lapor penyiar awam NHK.

Keputusan itu menamatkan perbicaraan selama bertahun-tahun berhubung pembunuhan yang mengejutkan Jepun ketika keganasan senjata api jarang berlaku dan memberi tumpuan kepada sebuah mazhab agama yang berpengaruh.

Tertuduh, Tetsuya Yamagami, menembak Encik Abe pada siang hari dengan pistol yang direkanya di rumah, ketika pemimpin Jepun itu sedang menyampaikan ucapan kempen di bandar barat Nara pada 2022.

Encik Abe telah meletak jawatan sebagai perdana menteri pada 2020 atas sebab kesihatan. Tetapi beliau masih aktif dalam politik dan mempunyai pengaruh yang besar sebagai perdana menteri paling lama berkhidmat di Jepun.

Yamagami, kini berusia 45 tahun, telah diberkas di tempat kejadian dan didakwa pada tahun berikutnya atas tuduhan membunuh dan memiliki senjata api.

Semasa memegang jawatan perdana menteri dari 2006 hingga 2007 dan sekali lagi dari 2012 hingga 2020, era kepimpinannya dilihat dilihat sebagai tempoh kestabilan politik terakhir Jepun.

Sepanjang dua penggalnya, beliau mengubah kedudukan keselamatan Jepun, menimbulkan persoalan mengenai statusnya sebagai negara pasif, dan meluluskan undang-undang keselamatan utama pada 2015 yang memperluas apa yang boleh dilakukan oleh Jepun secara ketenteraan untuk menyokong Amerika Syarikat.

Beliau juga merupakan tokoh terkemuka di pentas dunia, memupuk hubungan yang kukuh dengan Washington dan menjalin hubungan yang lebih baik dengan Beijing – sambil cuba mengatasi pengembangan China di rantau ini dengan menyatukan sekutu Pasifik.

Pembunuhannya menghantar gelombang kejutan ke seluruh Jepun, yang mempunyai salah satu kadar jenayah senjata api terendah di dunia disebabkan oleh undang-undang senjata api yang ketat.

Sejak peletakan jawatannya, landskap politik negara telah menjadi kucar-kacir, dengan pusingan pemimpin yang berbeza.

Parti Liberal Demokrat (LDP) pimpinan Encik Abe, yang telah memerintah Jepun selama 30 tahun, kini terperangkap dalam krisis – menghadapi kesan buruk akibat skandal dana haram, lonjakan inflasi dan peralihan politik ke kanan di seluruh negara.

Pembunuhan itu juga menimbulkan penelitian terhadap hubungan antara LDP dengan Gereja Penyatuan. Yamagami menyalahkan mazhab itu kerana memufliskan keluarganya melalui sumbangan berlebihan daripada ibunya, seorang anggota.

Yamagani mendakwa dia menyasarkan Encik Abe kerana percaya bekas pemimpin itu dikaitkan dengan gereja yang berasal dari Korea Selatan itu. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg