Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki disyaki tembak Shinzo Abe ditahan

Jul 09, 2022 | 05:30 AM



TOKYO: Lelaki yang disyaki menembak mati Perdana Menteri Jepun, Encik Shinzo Abe, telah ditahan.



Encik Abe ditembak semasa menyampaikan ucapan dalam satu kempen pilihan raya, lapor NHK.



Kematiannya disahkan oleh pegawai Parti Liberal Demokratik (LDP) beliau kepada media tempatan, kira-kira enam jam selepas serangan sekitar 11.30 pagi.



Encik Abe, 67 tahun, dilihat berdarah selepas bunyi tembakan kedengaran di bandar Nara dekat Kyoto, menurut seorang wartawan penyiar awam Jepun.



Laporan mengatakan beliau ditembak sama ada di bahagian dada atau leher.



Menurut laporan, suspek lelaki itu adalah penduduk Nara.



Imej yang dikongsi di media sosial menunjukkan seorang lelaki diberkas selepas kejadian tembakan berhampiran Stesen Yamatosaidaiji.



Dia dilihat dalam klip video di media sosial berdiri di belakang Encik Abe.



Ketua Setiausaha Kabinet Jepun berkata polis telah merampas pistol yang digunakan suspek, dengan laporan tempatan menyatakan ia senjata buatan sendiri.



Semasa disoal siasat, Yamagami, 41 tahun, dikatakan memberitahu polis dia tidak berpuas hati dengan Encik Abe dan berniat membunuhnya, lapor NHK.



Dia dijangka didakwa dengan cubaan membunuh.



Suspek menambah, dia tidak didorong oleh dendam terhadap kecenderungan politik Encik Abe, lapor Kyodo.



Laporan media menyebut Yamagami adalah bekas anggota Pasukan Pertahanan Diri Maritim, juga dikenali sebagai tentera laut Jepun, dan telah meninggalkan pasukan itu pada 2005 selepas tiga tahun berkhidmat.



Encik Abe berada di Nara untuk berkempen sebelum pilihan raya bagi Dewan Tinggi Parlimen yang dijadualkan Ahad ini.



Beliau sedang menyampaikan ucapan kempen bagi pihak Encik Kei Sato, 43 tahun, anggota Dewan Rakyat yang bertanding bagi pemilihan semula di Nara.



Semasa berucap tidak sampai seminit, dua bunyi letupan kedengaran di belakangnya.



Encik Yoshio Ogita, 74 tahun, setiausaha agung bahagian Liberal Demokrat wilayah Nara, berdiri di sebelah Encik Abe dan mendengar bunyi letupan kepulan asap.



"Saya tidak tahu apa yang berlaku... Saya nampak Encik Abe rebah," katanya dalam satu interviu - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >