Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki ditahan dalam insiden tembakan di lapangan terbang Canberra

Aug 15, 2022 | 5:30 AM
KAWALAN DIPERTINGKAT: Pegawai keselamatan dilihat di Terminal Lapangan Terbang Canberra yang telah dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga susuli insiden tembakan. - Foto EPA-EFE
KAWALAN DIPERTINGKAT: Pegawai keselamatan dilihat di Terminal Lapangan Terbang Canberra yang telah dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga susuli insiden tembakan. - Foto EPA-EFE -

SYDNEY: Lapangan terbang ibu kota Australia, Canberra, telah dikosongkan dengan seorang lelaki ditahan selepas tembakan kedengaran di bangunan terminal utamanya, umum polis negara itu semalam.

Seorang telah ditahan dan satu senjata api telah ditemui, kata polis dalam satu kenyataan.

Tiada kecederaan dilaporkan, tambahnya.

Polis menyatakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah disemak dan ketika ini orang yang ditahan itu dipercayai satu-satunya orang yang bertanggungjawab dalam kejadian tersebut.

"Terminal Lapangan Terbang Canberra telah dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga dan keadaan di lapangan terbang itu dikawal," kata kenyataan itu.

Polis berkata orang awam tidak dibenarkan masuk ke lapangan terbang buat masa ini. Tiada butiran lanjut diberikan.

Video yang disiarkan di media sosial pada awal hari menunjukkan polis menahan seorang lelaki di dalam lapangan terbang itu sedang orang ramai melihat aksi itu.

Media dan penonton turut berkumpul di luar lapangan terbang berikutan pengosongan terminal itu.

Kejadian itu telah menyebabkan kelewatan dan pembatalan penerbangan, kata laporan media. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg