Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki ditangkap cuba jual anak beruang madu di Malaysia

Oct 27, 2016 | 08:06 AM



KUALA LUMPUR: Seekor anak beruang madu berusia sebulan, yang kelihatan seperti mainan comel, diculik dari ibunya untuk dijual secara haram dalam talian di Malaysia, media melaporkan pada Rabu (26 Okt).



Jabatan Taman Negara (Perhilitan) menyelamatkannya di sebuah hotel di Kuala Lipis, Pahang, Sabtu lalu dan seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan kerana memiliki beruang madu tanpa permit.



"Ada orang beli hidupan liar sebagai haiwan kesayangan. Mereka suka menjaga beruang muda, harimau bintang dan burung hantu," kata Ketua Pengarah Perhilitan, Encik Abdul Kadir Abu Hashim, pada Selasa.



"Hanya yang 'comel'. Tetapi mereka tidak tahu bagaimana sukarnya menjaga haiwan apabila mereka dewasa."



Beliau memberi amaran haiwan liar boleh menjadi agresif dan menyerang tanpa sebab.



Encik Abdul Kadir memberi contoh menjaga anak harimau sebagai haiwan kesayangan.



"Saya tidak tahu di mana mereka akan menjaga harimau itu apabila ia berusia dua tahun. Ia mungkin makan pemiliknya," katanya secara berseloroh.



Mengenai anak beruang madu itu, beliau berkata Perhilitan memantau lelaki tersebut kira-kira sebulan sebelum menangkapnya.



"Beruang madu itu sedang hendak dijual pada harga RM2,000 ($668). Kami percaya beruang itu dibawa masuk dari negara jiran," katanya pada satu sidang media di ibu pejabat Perhilitan.



Perhilitan juga menyelamatkan tujuh harimau bintang dari sebuah rumah di Ampang Jumaat lepas.



Tiada permit khas bagi lima daripada binatang itu. Walaupun terdapat permit bagi dua lagi, haiwan itu didaftarkan di bawah alamat berbeza.



Beruang madu itu akan dihantar ke Pusat Penyelamat Hidupan Liar Negara di Sungkai, Perak, dan dilepaskan ke dalam hutan apabila ia matang, manakala harimau bintang tersebut boleh dilepaskan dengan segera selepas pemeriksaan veterinar.



Encik Abdul Kadir menasihatkan orang ramai supaya berhenti membeli haiwan eksotik sebagai haiwan kesayangan.



"Rakyat Malaysia berasa bangga mempunyai hidupan liar sebagai haiwan kesayangan. Tetapi kita tidak boleh melakukannya. Kita ada kucing dan anjing yang boleh dipelihara sebagai haiwan kesayangan. Jangan beli hidupan liar. Biarkan mereka bebas di hutan," katanya. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >