Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki Indonesia mati dihempap keranda ibu

Jun 18, 2018 | 3:27 PM
DITIMPA KERANDA: Orang ramai naik tangga untuk meletakkan keranda dalam lakkean sebelum tangga itu tiba-tiba runtuh dan keranda menimpa mereka.
DITIMPA KERANDA: Orang ramai naik tangga untuk meletakkan keranda dalam lakkean sebelum tangga itu tiba-tiba runtuh dan keranda menimpa mereka. - Foto YOUTUBE/KABAR NEWS

JAKARTA: Seorang penduduk Toraja Utara di Sulawesi Selatan, Samen Kondorura, meninggal dunia akibat kecederaan kepala serius selepas keranda ibunya menghempap beberapa pengusung keranda itu di upacara pengebumian wanita itu Jumaat lalu (15 Jun).

Samen merupakan antara ahli keluarga lelaki yang mengusung keranda ibunya itu menuju ke lakkean, sebuah rumah kayu tradisional yang menempatkan mayat si mati, semasa upacara pengebumian tradisional Toraja itu.

Rakaman video yang menunjukkan kejadian itu tular di media sosial.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=DVrTkR_Jchw[/embed]

Video itu menunjukkan pengusung keranda itu naik tangga untuk meletakkan keranda tersebut dalam lakkean itu.

Namun tiba-tiba, tangga itu runtuh dan keranda itu jatuh lalu menimpa orang ramai.

Samen meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg