Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki Indonesia tinggalkan isteri hamil meninggal di ladang tebu

Apr 11, 2023 | 05:30 AM



JAKARTA: Polis Indonesia telah menangkap seorang lelaki yang didakwa meninggalkan isterinya yang sedang hamil dan hampir mati di sebuah kebun tebu bulan lalu, selepas mereka bertengkar semasa satu perjalanan.



Si isteri meminta suaminya membawa beliau bertemu seorang yang tidak dinamakan di Kediri, Jawa Timur, pada 26 Mac.



Pasangan itu, kedua-duanya berusia 29 tahun, dalam perjalanan dengan menaiki motosikal apabila mereka mula bertengkar, kata Encik Rizkika Atmadha Putra, ketua unit siasatan jenayah polis Kediri, pada 7 April.



Berasa marah, si suami memutarkan gas motisikalnya hingga mencapai kelajuan tinggi dan menyebabkan isterinya - yang tidak memakai topi keladar - terjatuh dari kenderaan itu.



Dia kemudian berhenti dan meletakkan isterinya, yang dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika itu, di motosikalnya kembali.



Untuk membuat isterinya duduk tegak, lelaki itu mengikat jaketnya di tubuh mereka berdua sebelum meneruskan perjalanan, lapor agensi berita Antara yang menukil kenyataan oleh Encik Rizkika.



Si suami juga memakainya topi keledar pada isterinya.



Namun, isterinya itu terjatuh lagi dari motosikal itu.



Buat kali kedua, lelaki itu mengangkat isterinya dan meletakkan beliau di motosikal itu sebelum meneruskan perjalanan.



Bagaimanapun, pada suatu ketika dalam perjalanan itu, dia memutuskan untuk meninggalkan isterinya di sebuah kebun tebu, lapor akhbar nasional Kompas.



Mayat wanita itu ditemui oleh pekerja dusun tersebut tiga hari kemudian pada 29 Mac, dengan mayat seorang bayi di sisi beliau.



Beberapa laporan media tempatan menyatakan wanita berkenaan melahirkan anak tersebut di kebun itu sebelum meninggal dunia, namun polis belum lagi dapat mengesahkan identiti bayi itu, sambil merujuk keperluan menunggu keputusan pemeriksaan DNA.



Kedua-dua mayat itu dibawa ke sebuah hospital berdekatan untuk dijalankan siasatan autopsi bagi menentukan punca kematian.



Polis berkata wanita itu mempunyai beberapa kecederaan di tubuhnya, termasuk kepalanya.



Berdasarkan siasatan dan wawancara bersama saksi, polis menangkap suaminya, yang mengaku kesalahannya itu.



Dia kini ditahan di ibu pejabat polis Kediri sambil menunggu pertuduhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >