Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki Johor cari ayah di S’pura selepas 46 tahun berpisah

Oct 24, 2023 | 06:58 PM



Selepas gagal mencari ayah kandungnya di Singapura buat kali pertama sekitar 15 tahun lalu, seorang lelaki dari Malaysia, kini melancarkan misi baru untuk mencari jawapan di balik misteri yang dibayanginya seumur hidup itu.

Encik Hendy Erwan Othman, 46 tahun, dari Skudai, dipercayai terpisah dari ayah kandungnya, Encik Othman Sakis, sejak beliau dilahirkan pada 1977, katanya kepada Berita Harian.


Pada Sabtu, pegawai keselamatan itu memuat naik satu catatan dalam satu halaman penggiat warisan Singapura di Facebook (FB), untuk meminta bantuan warganet sekiranya mereka mempunyai sebarang maklumat tentang ayahnya.

Beliau juga memuat naik gambar surat lahirnya dengan nama ayah kandungnya itu sebagai bukti, namun pos itu telah dipadamkan pengendali laman tersebut.

Ia kemudian dikongsi pengguna FB lain.







“Saya mencari bapa kandung saya yang tidak pernah saya jumpa selama 47 tahun. Kalau ada sesiapa kenal orang bernama Othman Bin Sikas atau warisnya yang berada di Singapura boleh hubungi saya,” tulis Encik Hendry dalam catatan itu.

“Dengan pos ini saya harap saya dapat jumpa beliau yang setelah puluhan tahun saya mencari di Singapura.”


Surat lahirnya dari Hospital Besar Johor Bahru dan Encik Hendry juga mencatatkan pekerjaan ayahnya sebagai ‘pekerja lapangan terbang’.

Bercerita tentang latar belakangnya, Encik Hendry pada awalnya dibesarkan oleh arwah datuknya di Eunos Crescent selama enam tahun sebelum arwah datuknya itu meninggal dunia.

Encik Hendry kemudian berpindah ke Johor Bahru (JB) dan dibesarkan ibu kandung dan ayah tirinya, serta tiga orang adik.

Apabila mencecah usia remaja, Encik Hendry perasan beliau merupakan seorang anak tiri selepas memeriksa surat lahirnya itu.

Di situlah timbulnya rasa ingin tahu untuk selidik latar belakangnya sendiri.

“Benda ini dah lama, sejak saya kecil saya tak pernah jumpa ayah saya dan dari surat beranak saya, ia mencatatkan ayah saya berada di Singapura,” kata Encik Hendry menerusi WhatsApp.

“Saya terpaksa usahakan pencarian ini dengan sendiri,” tambah bapa seorang anak itu.

Encik Hendry berkata beliau pernah berkunjung ke Singapura 15 tahun lalu untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa agar dapat menerima lebih banyak maklumat tentang ayah kandungnya itu.

Namun, sebab kurang peka terhadap saluran rasmi melakukan pencarian itu, beliau tidak meneruskan pencarian pada ketika itu.

“Sebab saya tinggal di JB dan tak tahu salurannya macam mana (untuk mencari ayah di Singapura), saya tundakan rancangan itu sampailah sekarang.


“Umur saya pun sudah semakin tua, saya nak cari ayah saya sebab saya nak tahu tentang beliau.


“Saya pun tak tahu sama ada beliau masih ada atau pun sudah meninggal dunia, atau pun sudah berkahwin lain dan mempunyai keluarga sendiri, atau sekiranya saya ada adik beradik lain di Singapura.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >