Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki Kelantan dijel 45 tahun kerana rogol adik remaja hingga lahirkan anak

Dec 29, 2016 | 09:19 AM



KELANTAN: Seorang pengawal keselamatan yang merogol adiknya , yang kemudian melahirkan anak, dihukum penjara 45 tahun dan sebat 30 kali oleh Mahkamah Sesyen di Kota Baru pada Selasa (27 Dis).



Lelaki berusia 23 tahun itu mengaku bersalah merogol adiknya ketika beliau berusia 15 tahun pada Februari dan April 2015, dan Mac lalum ketika usianya 16 tahun.



Setiap satu daripada tiga kejadian itu berlaku pada tengah malam di sebuah rumah di Gong Datok, Pasir Puteh, Kelantan.



Tertuduh merayu dikenakan hukuman ringan tetapi Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Fahrul Razi Zainal Abidin meminta hukuman maksimum.



"Tertuduh mengambil kesempatan ke atas adiknya dan juga menjadi bapa anak adiknya.



"Perbuatan ini bukan satu penghinaan kepada masyarakat sahaja, malah dikutuk Tuhan," katanya.



Tiada seorang pun daripada ahli keluarga tertuduh hadir di mahkamah.



Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan rotan 10 kali bagi setiap pertuduhan.



Hukuman berjalan berasingan, bermakna tertuduh dijangka dibebaskan apabila berusia 68 tahun.



Jenayah itu terbongkar apabila adiknya melahirkan anak pada 8 Dis. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >