SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Lelaki maut dipijak gajah di Yala

Lelaki maut dipijak gajah di Yala

Jul 2, 2018 | 1:12 PM

Lelaki maut dipijak gajah di Yala

FOTO: AFP
FOTO: AFP -

BANGKOK : Seorang lelaki maut dipijak lima ekor gajah liar yang naik minyak berhampiran sebuah estet hari ini, dalam kejadian terbaru membabitkan haiwan jenis itu.

Masaree Samae, 40 tahun, terbunuh awal pagi tadi di selatan wilayah Yala yang turut menempatkan ratusan ladang getah.

Kapten Polis, Sathit Woonchoom ketika dihubungi melalui telefon berkata, mangsa sedang dalam perjalanan untuk menoreh getah dengan menaiki motosikal sebelum dikelilingi lima ekor gajah liar.

"Bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian belakang badan dan kepala," katanya.

Beliau memberitahu turut terdengar bunyi gajah dari dalam semak berhampiran apabila di lokasi untuk melakukan siasatan,

Menurut Pusat Pemuliharaan Gajah Thailand, jumlah gajah liar Thailand menurun kepada 2,700 daripada 100,000 pada tahun 1850.

Penebangan hutan dan kehilangan habitat secara tidak terkawal telah membawa haiwan itu semakin dekat dengan manusia, menyebabkan berlakunya kejadian tidak diingini, termasuk menyebabkan kematian.

November tahun lalu, seekor gajah seberat lima tan yang sering muncul dalam filem dan iklan, memijak pemiliknya sehingga mati di Chiang Mai selepas berada dalam keadaan agresif untuk mengawan. - AFP

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg