Premium
Lelaki mengamuk tembak mati lapan di Mississippi
May 30, 2017 | 5:30 AM
DITANGKAP: Pegawai polis menangkap Willie Corey Godbolt selepas dia didakwa menembak secara rambang beberapa rumah. - Foto REUTERS -
BROOKHAVEN (Amerika Syarikat): Lapan orang, termasuk seorang timbalan sheriff, terbunuh apabila seorang lelaki bersenjata mengamuk dan melepaskan tembakan rambang ke arah beberapa rumah selepas bertengkar dengan isteri dan mentuanya, di pedalaman Mississippi.
Polis difahamkan bahawa tembakan dilepaskan di tiga rumah - dua di Brookhaven dan satu di Bogue Chitto, kira-kira 110 kilometer di selatan Jackson, Mississippi - kata Biro Penyiasatan.

