Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki tembak rakan sekerja di kilang AS, 3 maut

Jun 11, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON DC: Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke atas rakan sekerjanya di sebuah kilang pengeluaran di utara Maryland kelmarin, mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang dan menyebabkan kecederaan teruk ke atas mangsa keempat sebelum diberkas selepas tembak-menembak dengan polis.



Lelaki 23 tahun itu, yang belum dikenal pasti oleh polis, dilaporkan cedera selepas berbalas tembak dengan seorang anggota polis Maryland semasa cuba melarikan diri dengan sebuah kereta, kata Sherif Washington County, Encik Douglas Mullendore, di satu sidang akhbar.



Lelaki itu dan anggota polis berkenaan telah dibawa ke sebuah hospital setempat bagi rawatan atas kecederaan tembakan.



Encik Mullendore bagaimanapun enggan memperincikan keadaan atau kemungkinan punca di sebalik serangan di Maryland itu tetapi berkata pembunuh dan kesemua mangsa adalah pekerja Columbia Machine di Smithsburg, di utara Maryland berdekatan sempadan negeri Pennsylvania.



Menurutnya, penembak itu menggunakan sejenis senapang separuh automatik.



Seorang jurucakap Columbia Machine berkata syarikat itu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan mereka tetapi enggan mengulas lanjut.



Syarikat itu membekalkan peralatan penghasilan konkrit kepada pelanggan di lebih 100 negara, menurut laman rasminya.



Dalam pada itu, Pejabat Baltimore bagi Biro Siasatan Federal (FBI) dan Biro Amerika Syarikat untuk Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan berkata, mereka telah mengerahkan ejen ke tempat kejadian.



Amerika kini berdepan dengan siri tembakan rambang yang menyaksikan puluhan orang terkorban.



Tahun ini sahaja, sebanyak 250 kes tembakan rambang berlaku di Amerika, menurut kiraan kumpulan penyelidik tidak mencari untung, Gun Violence Archive.



Sebanyak 38 kes berlaku sejak tragedi di sebuah sekolah rendah di Uvalde, Texas, yang menyaksikan 19 murid sekolah dan dua guru maut dalam kejadian pada 24 Mei lalu.



Serangan dalam kejadian di sekolah rendah di Uvalde itu ia dilakukan seorang remaja berusia 18 tahun.



Sebelum ini, pada 20 Mei lalu, satu kejadian tembakan rambang berlaku di pasar raya Tops di Buffalo, New York, yang mengakibatkan 10 terkorban.



Pada minggu lalu, sembilan orang maut dan puluhan mangsa lagi cedera akibat tembakan di tiga bandar.



Di Philadelphia, pergaduhan dua lelaki memuncak kepada berbalas tembakan di kawasan bar dan restoran sesak pada 5 Jun lalu, menyebabkan tiga maut dan 12 cedera.



Kejadian itu mencetuskan panik dengan orang ramai cuba melarikan diri, kata polis.



Pada hari yang sama, seorang lelaki melepaskan tembakan menyebabkan tiga mangsa terkorban manakala 17 lagi cedera dalam kejadian yang berlaku selepas tengah malam berhampiran bar di Chattanooga, Tennessee.



Kesemua kejadian ini telah mendorong Kongres Amerika untuk memperkenal undang-undang lebih ketat bagi pemilikan senjata. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >