Lelaki Uighur bukan suspek pengganas, tapi pelarian ekonomi: Zahid, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Lelaki Uighur bukan suspek pengganas, tapi pelarian ekonomi: Zahid

Apr 11, 2016 | 01:00 PM

HUTAN MELINTANG (Perak): Dua suspek pengganasan Uighur yang dipercayai telah meninggalkan Thailand untuk ke Malaysia sebenarnya adalah pelarian ekonomi, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata Malaysia menerima maklumat daripada Interpol, serta Keselamatan Dalam Negeri China, mengenai memo perisikan yang dikeluarkan oleh Pejabat Imigresen Phuket Thailand.

"Mereka menggunakan Thailand dan Malaysia sebagai transit untuk ke negara ketiga, dan menyifatkan mereka sebagai pengganas, saya rasa tidak adil.

"Sebahagian daripada orang mereka mungkin terlibat dalam pengganasan, militan dan radikal tetapi ia tidak bermakna mereka semua pengganas," katanya kepada pemberita selepas menutup program Kembara Kebajikan 1Malaysia pada Ahad (10 April).

Beliau berkata demikian semasa mengulas laporan Bernama bahawa dua lelaki Turkey keturunan Uighur, yang disyaki merancang serangan pengganas di Thailand, telah berlepas ke Malaysia.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Pegawai Thailand dipetik sebagai berkata mereka dimaklumkan mengenai pemergian dua orang itu baru-baru ini oleh Pejabat Imigresen Phuket.

Nama kedua-dua etnik Uighur terbabit dipercayai sama dengan nama pada satu memo perisikan yang bocor, yang mendakwa bahawa dua penduduk Uighur dan dua warga Russia keturunan Chechen merancang serangan pengganas di Thailand.

Uighur, kata Datuk Seri Ahmad Zahid, diketahui sebagai pendatang sah dari undang-undang yang membawa pasport untuk mencari negara ketiga untuk mereka pergi.

"Kami telah bekerja rapat dengan pemerintah China untuk menghantar mereka kembali ke China," katanya.

Ketika ditanya apakah ini bermakna berita bahawa orang etnik Uighur memasuki Malaysia tidak membimbangkan, beliau berkata kerajaan akan terus memantau keadaan berdasarkan maklumat yang diberi oleh Interpol dan juga Ketua Polis Negara Asean. - The Star/Asia News Network

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map