Topic followed successfully
Go to BHkuLembaga Adat Melayu Riau isytihar Pulau Penyengat warisan budaya dunia
Premium
Lembaga Adat Melayu Riau isytihar Pulau Penyengat warisan budaya dunia
Hari Pers (Press) Nasional Indonesia disambut meriah di Kepulauan Riau dari 5 hingga 10 Februari lalu. Antara acara sambutan gilang-gemilang meraikan karyawan media itu ialah Konvensyen Bahasa dan Budaya di Pulau Penyengat, Tanjung Pinang, 6 Februari lalu. Acara itu menyaksikan Pulau Penyengat diisytiharkan oleh Lembaga Adat Melayu Kepulauan Riau sebagai warisan budaya dunia. SAINI SALLEH (saini@sph.com.sg), yang diundang menyertai sebahagian sambutan itu, juga mendapati Batam telah lama melaksanakan Hari Bebas Kenderaan Bermotor di Jalan Imam Bonjol, kawasan Nagoya. Berikut laporan selengkapnya.
Feb 22, 2015 | 5:30 AM
Lembaga Adat Melayu Riau isytihar Pulau Penyengat warisan budaya dunia
Pulau berada di tangga ke-11 senarai Unesco; permohonan perlu tunggu lagi 11 tahun
LEMBAGA Adat Melayu (LAM) Provinsi Kepulauan Riau (Kepri) telah mengisytiharkan Pulau Penyengat - yang pernah menjadi pusat peradaban serta pengembangan bahasa dan budaya Melayu - sebagai warisan budaya dunia.
