Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Leonardo DiCaprio beri keterangan skandal 1MDB

Jan 5, 2019 | 2:42 PM
Leonardo DiCaprio
Leonardo DiCaprio - Foto FOX NEWS

WASHINGTON: Pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio, baru-baru ini tampil memberi keterangan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di mahkamah.

Ini merupakan sebahagian daripada siasatan yang dijalankan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), lapor Washington Post.

Namun menurut sumber terdekat, maklumat yang dikongsi DiCaprio itu tidak diketahui kerana prosiding juri dijalankan secara rahsia.

Pihak berkuasa juga berjaya membawanya masuk dan keluar dari mahkamah tanpa menarik perhatian orang ramai.

Menurut laporan tersebut, pihak pendakwa menganggap DiCaprio sebagai saksi yang boleh menawarkan pandangan berguna mengenai ahli perniagaan Malaysia dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang didakwa menggelapkan berbilion ringgit dana pelaburan negara itu.

Bagaimanapun, DiCaprio bukanlah sasaran utama siasatan itu.

Jurucakap DoJ dan seorang wakil DiCaprio juga enggan mengulas lanjut.

Dana kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah dana pelaburan negara yang dilancarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2009. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg