Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Letupan Bukit Bintang: Bom tangan tentera digunakan; tiada kaitan dengan pengganasan

Oct 09, 2014 | 02:42 PM



KUALA LUMPUR - Bom tangan tentera telah digunakan dalam letupan di kawasan beli-belah popular di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pagi tadi, tetapi sejauh ini ia tiada kaitan dengan pengganasan, kata pihak berkuasa Malaysia.


Timbalan ketua CID Kuala Lumpur Khairi Ahrasa, berkata bom-bom tangan itu kemungkinan didapatkan dari luar negara bagi serangan di luar kelab Cherry Blossom awal pagi itu.


Polis menerima panggilan mengenai kes tersebut sekitar 4.25 pagi.


Ketua CID Kuala Lumpur Gan Kong Meng pula berkata letupan itu, yang telah membunuh seorang joki kereta warga Malaysia dan mencederakan sekurang-kurangnya 10 yang lain, merupakan perbuatan lebih daripada seorang penyerang, dan mungkin melibatkan pertelingkahan perniagaan.


Beliau berkata, polis juga telah mengenalpasti para suspek.


Antara mereka yang cedera adalah seorang warga Singapura, Wong Kim Teng, dua dari China dan seorang warga Thailand.


Para mangsa yang cedera akibat serpihan bom tangan itu telah dimasukkan ke Hospital Tung Shin berdekatan untuk rawatan lanjut, kata akhbar The Star.


New Straits Times pula melaporkan sebuah bom dipercayai telah dicampakkan dari tingkat dua Sun Complex.


Bom tangan kedua pula tidak meletup dan ditemui di bawah sebuah kereta Toyota Camry, manakala bom ketiga juga telah ditemui.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >