Topik diikuti
Pergi ke BHkuLetupan di Jakarta pusat: 2 askar cedera
Letupan di Jakarta pusat: 2 askar cedera
Letupan di Jakarta pusat: 2 askar cedera
Pegawai polis berwaspada setelah letupan di Kompleks Monumen Nasional di Jakarta pada 3 Disember 2019. FOTO: REUTERS -
Dec 3, 2019 | 11:34 AM
JAKARTA: Satu letupan telah berlaku di taman Monumen Nasional di Merdeka Square, berdekatan istana presiden di Jakarta pusat, mencederakan dua askar.
Ketua polis Jakarta pusat, Harry Kurniawan, memberitahu laman Detik.com bahawa satu letupan telah berlaku dan siasatan sedang dijalankan.
Menurut ketua polis Jakarta, Ketua Inspektor Gatot Eddy Pramono, letupan tersebut disebabkan bom tangan (grenade).
Salah seorang dari askar yang cedera terluka di tangannya sementara satu lagi cedera di kaki. - Reuters