Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Letupan di kilang farmasi India membunuh 15, 40 cedera

Aug 22, 2024 | 1:49 PM
Polis berkata, walaupun punca letupan belum diketahui, letupan itu mengakibatkan kebakaran yang memusnahkan keseluruhan kilang dan memerangkap pekerja di dalamnya.
Polis berkata, walaupun punca letupan belum diketahui, letupan itu mengakibatkan kebakaran yang memusnahkan keseluruhan kilang dan memerangkap pekerja di dalamnya. - Foto Tangkap Skrin Video

HYDERABAD, India: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dalam satu letupan pada 21 Ogos di sebuah kilang pembuatan farmaseutikal di negeri Andhra Pradesh, selatan India, kata seorang pegawai pemerintah daerah.

“Angka kematian setakat ini adalah 15 dan berkemungkinan meningkat. Hampir 40 orang telah cedera. Operasi menyelamat (sedang) dijalankan,” kata ketua polis daerah M. Deepika kepada Reuters.

Daripada yang maut, 10 telah dikenal pasti. Mangsa termasuk penolong pengurus besar V Sanyasi Naidu, 50 tahun, penyelia makmal Encik Rami Reddy, 35 tahun, ahli kimia N Harika, 22 tahun, operator pengeluaran Partha Sarathy, 23 tahun, pembantu loji Y Chinna Rao, 25 tahun, P Rajasekhar, 22 tahun, pengendali loji K Mohan, 20 tahun, Ganesh, H Prashant dan M Narayana Rao.

“Sedikit masa lagi diperlukan untuk mengenal pasti mangsa yang lain. Operasi menyelamat masih diteruskan. Kerana asap tebal keluar dari kilang, ia menjadi sukar untuk menjalankan operasi cepat,” kata Menteri buruh negeri, Encik Vasamsetty Subhash.

Kebakaran berlaku pada sebelah petang di unit perkilangan 16 hektar milik Escientia Advanced Sciences yang telah beroperasi sejak 2019 di daerah Anakapalli di negeri ini, menurut seorang pegawai daerah, Encik Vijaya Krishnan.

“Mereka yang cedera telah dipindahkan ke hospital berdekatan... nampaknya mungkin ada letupan di reaktor kimia,” kata sumber pejabat Encik Krishnan kepada Reuters, sambil menambah bahawa letupan itu berlaku semasa waktu makan tengah hari di unit itu.

Escientia tidak segera menjawab permintaan untuk mendapatkan ulasan daripada mereka.

Pemerintah negeri telah mengarahkan siasatan berhubung insiden itu.

Pada 2023, dua orang terbunuh, dan lima yang lain cedera dalam kemalangan kebakaran serupa, yang berlaku dalam reaktor pelarut di unit Sahithi Pharma di daerah Anakapalli. - Agensi Berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg