Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Letupan di masjid Pakistan bunuh sembilan orang termasuk pegawai polis

Jan 11, 2020 | 3:13 PM
Letupan di bandar Quetta turut mencederakan 11 orang. FOTO: TWITTER/ ASIM AHMED KHAN
Letupan di bandar Quetta turut mencederakan 11 orang. FOTO: TWITTER/ ASIM AHMED KHAN -

QUETTA, PAKISTAN: Satu letupan kuat telah berlaku di dalam sebuah masjid di barat daya Pakistan semasa solat Jumaat pada 10 Januari lalu, membunuh seorang pegawai polis dan sekurang-kurangnya lapan orang awam. Letupan itu turut mencederakan 11 orang lain di Quetta, ibu kota wilayah Balochistan, kata ketua polis daerah, Mohammad Ajmal. Beliau menambah bahawa siasatan polis masih dijalankan. Sementara itu, pegawai hospital berkata jumlah kematian kejadian itu mungkin meningkat kerana beberapa orang yang tercedera berada dalam keadaan kritikal. Sejauh ini, belum ada yang mengaku bertanggungjawab atas letupan tersebut. - AP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg