DOHA – Radio tentera Israel berkata Israel cuba menyerang pegawai Hamas di Qatar pada 9 September.

Televisyen Al Jazeera Qatar, memetik sumber Hamas, berkata serangan itu menyasarkan perunding gencatan senjata Hamas Gaza.

Beberapa letupan kedengaran di Doha, Qatar pada 9 September, kata saksi Reuters.

Media Israel, memetik seorang pegawai kanan Israel, berkata serangan itu ditujukan kepada pemimpin tertinggi Hamas, termasuk Khalil al-Hayya, ketuanya di Gaza.

Kepulan asap kelihatan di daerah Katara di ibu negara, kata seorang saksi. – REUTERS