KYIV (REUTERS) - Kyiv digegarkan dengan beberapa letupan pada awal pagi Ahad (5 Jun), kata mayor ibukota Ukraine itu, sehari selepas askar merampas semula bandar pertempuran Sievierodonetsk dalam satu tindak balas terhadap Russia.
“Beberapa letupan didengar di distrik Darnytskyi dan Dniprovskyi,,” tukis Mayor Kyiv, Encik Vitali Klitschko di Telegram.
“Khidmat bantuan sudah berada di tempat kejadian,” tambahnya.
Seorang saksi Reuters berkata beliau melihat kepulan asap di bandar tersebut selepas berlakunya letupan.
Semboyan serangan udara telah dibunyikan awal dari itu di hampir seluruh Ukraine, termasuk di kawasan Kyiv.
Tuntutan Ukraine ke atas Sievierodonetsk tidak dapat disahkan secara bebas dan Moscow berkata pasukannya sudah menembusi daerah itu.
Namun ini kali pertama Kyiv mendakwa telah melancarkan serangan tindak balas besar-besaran di bandar perindustrian kecil selepas beberapa hari.