Topik diikuti
Pergi ke BHkuLetupan kuil Bangkok: Malaysia tahan tiga suspek
Letupan kuil Bangkok: Malaysia tahan tiga suspek
Sep 14, 2015 | 11:55 AM
Letupan kuil Bangkok: Malaysia tahan tiga suspek

-
KUALA LUMPUR: Malaysia telah menahan tiga suspek berkaitan siasatan letupan bom di Bangkok bulan lalu, yang membunuh 20 orang, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, pada Isnin (14 Sept).
Dua rakyat Malaysia dan seorang warga Pakistan itu ditangkap menyusuli maklumat daripada pihak berkuasa Thailand.
Mereka sedang membantu dalam investigation, Tan Sri Khalid memberitahu wartawan.
Letupan di sebuah kuil Hindu di Bangkok pada 17 Ogos itu membunuh 20 orang, termasuk 14 warga asing, dan mencederakan lebih 100. - Reuter
