Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Letupan penapis minyak Pertamina cederakan 9 orang

Apr 5, 2023 | 5:30 AM
30fea909-fc95-4756-b301-dbba4dd98856
-

JAKARTA: Satu letupan yang berlaku di sebuah pusat penapisan minyak milik Pertamina di barat Indonesia, mencederakan sembilan orang, menurut syarikat tenaga milik negara itu pada Ahad, selain puluhan kematian dalam dua kejadian kebakaran, sebulan yang lalu.

Letupan kompresor gas pada Sabtu malam mengakibatkan "kecederaan ringan" terkena serpihan kaca, dan merosakkan beberapa buah rumah di bandar Dumai, Sumatra, kata Kilang Pertamina Internasional (KPI), dalam satu kenyataan.

Punca kebakaran masih lagi disiasat.

Kebakaran pada 3 Mac di terminal minyak Pertamina di Plumpang, Jakarta, salah satu daripada yang terbesar dan tertua, mengakibatkan lebih 20 orang mati.

Tiga orang mati dalam kejadian pada 26 Mac, di atas sebuah kapal pengangkut minyak Pertamina dalam perjalanan ke Bali dan Lombok.

KPI meminta maaf atas kejadian pada Sabtu itu, kata seorang jurucakapnya, dan menambah bahawa "proses pemulihan" sedang dilakukan selepas api kebakaran dipadamkan.

Beberapa unit terjejas dan terhenti akibat letupan dan kebakaran itu, tetapi unit lainnya beroperasi seperti biasa, ujar jurucakap itu.

Namun tidak pula segera menjawab pertanyaan tentang kesan terhadap pengeluaran atau bekalan.

Tetapi KPI berkata bekalan minyak negara "selamat." - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg