Topik diikuti
Pergi ke BHkuLetusan gunung berapi NZ: 8 masih hilang, polis lancar siasatan jenayah
Letusan gunung berapi NZ: 8 masih hilang, polis lancar siasatan jenayah
Letusan gunung berapi NZ: 8 masih hilang, polis lancar siasatan jenayah
KESAN LETUSAN: Gambar ini yang disediakan Pasukan Penyelamat Auckland menunjukkan pulau White Island diseliputi abu menyusuli letusan gunung berapi. - Foto AP -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Dec 11, 2019 | 5:30 AM
WHAKATANE: Seramai lapan orang dilaporkan masih hilang, dikhuatiri terkorban, sehari selepas sebuah gunung berapi meletus dekat pantai North Island, New Zealand, mengakibatkan lima maut manakala lebih 30 cedera.
Polis New Zealand semalam melancarkan siasatan jenayah sedang Perdana Menteri negara itu, Cik Jacinda Ardern, memberitahu pemberita di Whakatane bahawa pemantauan menerusi udara tidak menunjukkan sebarang tanda mereka dilaporkan hilang masih hidup.
