Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31

Letusan gunung berapi Tonga: Tiada korban besar-besaran tapi rosak ketara

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Letusan gunung berapi Tonga: Tiada korban besar-besaran tapi rosak ketara

Jan 18, 2022 | 05:30 AM

WELLINGTON/SYDNEY: Australia dan New Zealand menghantar penerbangan pemantauan semalam untuk menilai kerosakan di Tonga, yang terputus hubungan dengan dunia luar akibat letusan gunung berapi dasar laut yang mencetuskan tsunami dan menyelubungi pulau Pasifik itu dengan abu.

Perdana Menteri Australia, Encik Scott Morrison, berjanji akan memberi sokongan kepada Tonga seawal mungkin namun berkata abu gunung berapi itu menghalang usaha bantuan awal.

"Ada banyak cabaran di sana dengan awan abu dan gangguan kepada perhubungan dan oleh itu kami bekerjasama untuk memberi sebanyak mungkin sokongan kepada Tonga," kata Encik Morrison kepada stesen radio 2GB semalam.

Biro Meteorologi Australia memberitahu Reuters dalam satu kenyataan melalui e-mel bahawa "tiada aktiviti gunung berapi sekarang, dan gunung berapi itu tidak memuntahkan abu".

Ia berkata abu yang sampai ke wilayah Queensland di Australia adalah daripada letusan sebelumnya.

Menteri Australia bagi Pasifik, Encik Zed Seselja, berkata laporan awal menganggarkan tiada kemalangan jiwa besar-besaran dan lapangan terbang di Tonga "nampaknya dalam keadaan agak baik" tetapi terdapat "kerosakan ketara" pada jalan raya dan jambatan.

"Pada peringkat ini, mujurlah kami tidak mempunyai laporan mengenai sebarang kematian besar-besaran, yang jelas merupakan berita sangat baik.

"Tetapi masih sangat terhad, jika ada, maklumat yang datang dari pulau-pulau lebih kecil," katanya kepada penyiar ABC.

Encik Seselja berkata Australia sedang bekerjasama dengan Amerika Syarikat, New Zealand, Perancis dan negara lain untuk menyelaraskan bantuan.

Sementara itu, Menteri Pertahanan New Zealand, Encik Peeni Henare, berkata pada satu sidang media di Auckland bahawa bekalan kuasa telah dipulihkan di sebahagian besar ibu kota Tonga, Nuku'alofa, dan beberapa sistem perhubungan telah disambung semula.

Sebuah pesawat Hercules C-130 akan mengirim barang keperluan selepas keperluan di Tonga dinilai dan tentera laut juga akan dikerahkan, kata beliau.

Gunung berapi dasar laut di Tonga itu meletus Sabtu lalu, mencetuskan tsunami di pantai Tonga dan memutuskan talian telefon serta Internet di seluruh pulau itu.

Tiada laporan rasmi mengenai kecederaan atau kematian di Tonga setakat ini, tetapi sistem perhubungan masih terhad dan kawasan kepulauan terpencil masih terputus hubungan.

Imej satelit menunjukkan beberapa pulau terpencil ditenggelami air.

Perdana Menteri New Zealand, Cik Jacinda Ardern, berkata kelmarin bahawa tsunami itu mempunyai kesan besar ke atas prasarana.

Persatuan Palang Merah berkata ia sedang menggerakkan rangkaian serantaunya untuk memberi respons terhadap bencana letusan gunung berapi terburuk yang pernah dialami Pasifik dalam beberapa dekad itu. - Reuters.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3