Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TIMUR TENGAH

Liga Arab terima semula keanggotaan Syria

Keputusan dilihat sebagai usaha pulihkan hubungan dengan Presiden Assad, tamatkan penggantungan hampir sedekad
May 09, 2023 | 05:30 AM



KAHIRAH: Para menteri luar Liga Arab pada Ahad mengambil keputusan untuk menerima semula Syria ke dalam kumpulan itu, selepas lebih sedekad digantung keanggotaannya, sekali gus menyatukan desakan serantau untuk memulihkan hubungan dengan Presiden Bashar al-Assad.



Keputusan itu dibuat di satu mesyuarat tertutup di kalangan para menteri luar, yang berlangsung di ibu pejabat Liga Arab, di Kahirah, kata Encik Gamal Roshdy, jurucakap bagi setiausaha agung Liga Arab.



Keanggotaan Syria dalam Liga Arab digantung pada 2011 selepas tindakan berdarah menangkap para penunjuk perasaan di jalan-jalan raya bagi menentang Presiden Assad.



Insiden itu mencetuskan perang saudara hingga memaksa beberapa negara Arab lain memanggil pulang duta masing-masing dari Damsyik.



Baru-baru ini, beberapa negara Arab, termasuk Arab Saudi dan Mesir, berhubungan semula dengan Syria.



Ini dilakukan melalui lawatan dan mesyuarat di peringkat tinggi, sekalipun Qatar di antara negara yang membantah pemulihan hubungan tersebut selagi belum ada huraian terhadap konflik di Syria itu.



Negara-negara Arab cuba mencapai kata sepakat, sama ada mahu mengundang Encik Assad menghadiri sidang kemuncak Liga Arab yang akan diadakan pada 19 Mei ini di Riyadh, Arab Saudi, bagi membincangkan penerimaan semula Syria ke dalam liga itu.



Syria menggesa negara-negara Arab supaya "menghormati di antara satu sama lain", selepas Liga Arab mengundi untuk menerimanya semula.



Negara Arab harus meneruskan "pendekatan yang efektif berdasarkan sikap saling menghormati," menurut satu kenyataan Kementerian Luar Syria.



Qatar, yang sebelum ini menentang kembalinya Syria ke Liga Arab, berkata pendiriannya mengenai pemulihan semula hubungan tidak berubah dan ia berharap konsensus serantau mengenai Syria boleh menjadi "motif bagi rejim Syria menangani punca krisis", kata jurucakap kementerian luar negara itu.



Setiausaha Agung Liga Arab, Encik Ahmed Aboul Gheit, pula berkata:



"Penerimaan semula Syria tidak bermakna pemulihan semula hubungan antara negara Arab dengan Syria.



"Ini adalah keputusan berdaulat buat setiap negara."



Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata Washington berkongsi matlamat rakan Arab mengenai Syria, termasuk membangunkan keselamatan dan kestabilan, tetapi kekal "ragu-ragu terhadap kesediaan Encik Assad untuk mengambil langkah yang perlu untuk menyelesaikan krisis di negaranya itu". - Reuters.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >