Lim Guan Eng dituduh minta rasuah $2b libat terowong Pulau Pinang
Premium
Lim Guan Eng dituduh minta rasuah $2b libat terowong Pulau Pinang
Aug 8, 2020 | 5:30 AM
HADAPI PENDAKWAAN: Lim Guan Eng, yang diiringi pegawai SPRM, dikerumuni wartawan semasa tiba di mahkamah semalam. Dia menghadapi dua tuduhan rasuah membabitkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang. - Foto AFP -
KUALA LUMPUR: Mantan menteri kewangan Malaysia, Lim Guan Eng, membuat pengakuan tidak bersalah bagi satu pertuduhan meminta suapan berjumlah RM6.3 bilion ($2.06 billion) melibatkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang, di Mahkamah Rasuah Khas semalam.
Lim, 59 tahun, memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

