Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:56
Isyak
8:05
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

SEKITAR RAMADAN

Lima bazar Ramadan popular di Selangor

Jun 18, 2016 | 05:30 AM

SETIAP bandar di Malaysia sudah pasti menganjurkan bazar Ramadan tersendiri ketika bulan puasa, lebih-lebih lagi di Selangor, tempat terletaknya ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Lantas, berikut adalah antara lima bazar Ramadan di sekitar Selangor yang patut dilawat jika seseorang berada di Kuala Lumpur untuk membeli juadah berbuka puasa.

STADIUM MELAWATI, SHAH ALAM

Menurut satu tinjauan oleh penonton Astro Awani, bazar tersebut disenarai sebagai bazar yang paling dilawat penonton.

Apa tidaknya, antara bazar Ramadan terbesar di daerah Lembah Klang dengan sekitar 200 gerai, beraneka juadah boleh didapati - daripada ayam golek, rojak Singapura, nasi goreng berempah, popia, burger bakar dan pelbagai lagi.

JALAN SS6 /1, KELANA JAYA

Terletak bertentangan pasar raya Giant, ia terkenal dengan beraneka makanan bakar yang dijual di lebih enam gerai di sana.

Antaranya ialah sambal ikan cencaru bagi mereka yang gemar makanan panggang.

JALAN 14/28, PETALING JAYA

Bazar ini agak kecil dan lazimnya dikunjungi mereka yang tinggal atau bekerja di kawasan kejiranan itu.

Walaupun demikian, ia terkenal dengan hidangan enak seperti martabak dan kerang bakar.

Bagi penggemar hidangan manis pula, puding dan bubur manis juga dapat dicuba.

Sudah tentunya, jika ramai yang beratur panjang, besar kemungkinan makanan yang dijual enak belaka - seperti di gerai menjual popia Pulau Pinang dan tepung pelita.

JALAN USJ 4/5, SUBANG JAYA

Terkenal dengan hidangan Melayu, bazar di kawasan ini kini menawarkan lebih banyak kepelbagaian setelah sebahagian besar pegerai mendapat ruang dan rumah di sana.

Penggemar karipap (epok-epok) semestinya boleh mencuba gerai Raja Karipap Antarabangsa.

Hidangan lain yang patut dicuba di sekitar bazar termasuk roti John Lennon.

SEKSYEN 16, BANDAR BARU BANGI

Bazar terbesar di kawasan Bangi, ia merupakan tempat yang popular bagi mereka yang menetap di kawasan itu.

Antara hidangan berbeza yang patut dicuba termasuk kepak ayam ala Sabah, nasi lemak dengan burung puyuh dan jus durian. - gayatravel.com.my

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3