Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lima gajah terperangkap berjaya diselamatkan

Aug 21, 2019 | 05:16 PM



GAJAH TERPERANGKAP BERJAYA DISELAMATKAN: Bantuan daripada sebuah syarikat perlombongan diperlukan untuk menggunakan mesin penggali mereka untuk mengorek dan membuat laluan keluar untuk gajah tersebut, dalam operasi menyelamatkan gajah yang mengambil hampir enam jam. -Foto FACEBOOK JABATAN PERHILITAN SEMENANJUNG MALAYSIA.



KUANTAN - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang mengambil masa hampir enam jam untuk menyelamatkan lima ekor gajah yang terperangkap di dalam lombong emas di Pekan, Kuantan, pada Selasa (21 Ogos).



Pengarah PERHILITAN Pahang, Encik Rozaidan Yasin, berkata operasi dilakukan oleh pegawai jabatan itu dari daerah Muadzam Shah, Rompin, yang menerima laporan empat gajah dewasa dan seekor anak gajah terperangkap di Runchang, pada pagi Selasa.



“Pegawai yang membuat semakan di lokasi kejadian mendapati gajah itu tidak dapat keluar dipercayai kerana kawasan lombong yang berlumpur.



“Kami terpaksa meminta bantuan daripada syarikat perlombongan berhampiran bagi menggunakan penggali mereka untuk mengorek dan membuat laluan keluar untuk gajah tersebut,” jelas Encik Rozaidan.



Kelima-lima gajah itu berjaya dikeluarkan dari lobong tersebut sekitar 6 petang dan didapati berada dalam keadaan baik.



Rakaman video operasi menyelamatkan gajah itu dimuat naik ke laman Facebook Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia dan telah ditonton sebanyak 285,000 kali serta dikongsi lebih 3700 kali. – Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >